Warga asing dapat vaksin dulu, ramai terkilan

Warga asing dapat vaksin dulu, ramai terkilan

Ramai dalam kalangan rakyat negara ini terasa bagai dianaktirikan apabila melihat ribuan pekerja warga asing terlebih dahulu berpeluang mendapat suntikan vaksin, beberapa hari kebelakangan ini.

Ada juga dalam kalangan rakyat yang belum menerima suntikan vaksin ‘cemburu’ apabila ada di antara golongan tersebut mendapat vaksin Pfizer yang disifatkan sebagai vaksin kayangan.

“Patut kerajaan bagi warganegara semua dulu baru warga asing. Ataupun suruh mereka bayar. Ini tidak memang bersesaklah kisahnya. Lepas itu dengar kata ramai dapat Pfizer,” komen pemilik akaun bernama Farhaan Cynix.

“Warga asing dapat dulu vaksin, kami warga negara dianaktirikan. Tunggu MySejahtera sampai sekarang belum dapat. Kes makin banyak,” komen Noraini pula.

“Terbaik saya daftar vaksin bulan Februari sampai sekarang tak dapat. Warga asing ada yang isi borang 15 Julai, 30 Julai sudah dapat,” ujar Adrian Neb dalam nada kesal.

“Warga asing penyumbang ekonomi negara. Kalau warga asing tiada mungkin kilang tidak beroperasi agaknya. Kasihan kita dianaktirikan. Sudah lama daftar tidak dipanggil lagi,” ujar Faridah Fatihah Asri

Rata-rata mereka turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan sikap majikan terlibat yang seperti lepas tangan dan hanya mengharapkan kepada kerajaan semata-mata berhubung situasi tersebut.

Terdahulu, satu rakaman berdurasi 26 saat tular di laman sosial sejak semalam memaparkan ribuan warga asing berbaris panjang bagi memasuki Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Warga asing dapat vaksin dulu, ramai terkilan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker