Semakin ramai pemilik mula jual rumah

Semakin ramai pemilik mula jual rumah

Semakin ramai pemilik rumah menjual hartanah mereka bagi memastikan aliran tunai terus terjaga dan lancar ketika pandemik COVID-19.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata peningkatan bekalan hartanah di Malaysia pada suku kedua 2021 besar kemungkinan disebabkan oleh pertambahan jumlah kediaman untuk dijual di pasaran sekunder.

Katanya, trend peningkatan penawaran hartanah itu juga boleh dilihat di empat wilayah utama yang termasuk dalam liputan Indeks Pasaran Hartanah Malaysia (MPMI) iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Johor yang masing-masing menyaksikan kenaikan YoY sebanyak 16.91 peratus, 48.95 peratus, 40.32 peratus dan 17.47 peratus.

“Wabak ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia kehilangan pendapatan sama ada disebabkan oleh pemotongan gaji, pengurangan hari bekerja dan gaji, atau pemberhentian kerja.

“Walaupun pengenalan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan menawarkan sedikit kelegaan kepada sebahagian orang, mereka yang kekurangan wang masih membuat keputusan untuk menjual hartanah mereka.

“Oleh itu, kita mungkin boleh melihat lebih banyak bekalan kediaman memasuki pasaran sekunder, kesan daripada mereka yang ingin melepaskan pelaburan hartanah bagi meringankan beban kewangan semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan terkini MPMI dikeluarkan PropertyGuru, keseluruhan bekalan hartanah di pasaran meningkat 34.53 peratus tahun-ke-tahun dan 11.94 peratus suku-ke-suku pada suku kedua 2021.

Data berkenaan yang dikesan berdasarkan penyenaraian meluas di PropertyGuru, mencatatkan jumlah peningkatan bekalan tahunan tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Sheldon berkata, jumlah bekalan hartanah dari pasaran utama boleh terjejas pada suku tahun seterusnya, disebabkan oleh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara pada Jun lalu, yang mengganggu operasi sektor pembinaan dan pembangunan hartanah.

“Data Pusat Maklumat Harta Tanah Nasional (NAPIC) mendedahkan bahawa jumlah unit kediaman baru dilancarkan turun mendadak daripada 14,865 unit pada suku keempat 2020 kepada 5,919 unit pada suku pertama 2021.

“Kami menjangkakan penstabilan harga permintaan hartanah akan kekal pada kadar terendah ketika ini, sebelum berlaku peningkatan bertahap seiring dengan perkembangan program vaksinasi kebangsaan serta penurunan jumlah jangkitan baharu,” katanya. BH

Semakin ramai pemilik mula jual rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker