Covid-19: Beijing lapor kes baharu babitkan penularan tempatan

Covid-19: Beijing lapor kes baharu babitkan penularan tempatan

Beijing pada Rabu melaporkan dua kes Covid-19 melibatkan jangkitan tempatan, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Sepasang suami isteri didapati positif Covid-19 selepas melawat Zhangjiajie, di wilayah Hunan, kata suruhanjaya kesihatan perbandaran Beijing.

Pasangan itu dilaporkan telah menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah sebaik tiba di Beijing pada Ahad.

Pihak berkuasa sudah mengesan 654 kontak rapat kepada dua kes terbabit yang kini diletakkan dalam pemerhatian perubatan.

Sementara itu, lebih 38,000 penduduk di daerah Changping telah menjalani ujian saringan dan lebih 8,400 sampel didapati negatif manakala selebihnya masih menunggu keputusan, menurut timbalan ketua daerah, Tong Lizhi.

Beliau berkata, sembilan kawasan perumahan di Changping yang didiami kira-kira 41,000 orang kini diletakkan di bawah pengawasan ketat.

Covid-19: Beijing lapor kes baharu babitkan penularan tempatan


PAS ikrar teguh bersama Muhyiddin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker