GPS tegaskan sokong sistem Raja Berperlembagaan

GPS tegaskan sokong sistem Raja Berperlembagaan. Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa parti itu mendukung penuh sistem Raja Berperlembagaan.

Menurut satu kenyataan media pada Khamis, beliau memaklumkan bahawa negara perlu terus fokus ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat.

“Ini demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat serta pemulihan ekonomi, sama-sama kita berdoa agar kemelut politik yang melanda negara berakhir segera dan negara segera bebas daripada pandemik COVID-19.

“Dalam keadaan negara berdepan krisis pandemik COVID-19 dan berusaha memulihkan ekonomi negara, kestabilan politik amat diperlukan,” ujarnya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri menyatakan apabila darurat tidak bersambung Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh baginda sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Dalam satu kenyataan, pejabat Perdana Menteri menjelaskan tiga ketetapan yang diputuskan Kabinet susulan kenyataan media Istana Negara, hari ini.

GPS tegaskan sokong sistem Raja Berperlembagaan


PAS ikrar teguh bersama Muhyiddin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker