PKPD sekali lagi di Ambert Court

Sebaran :

PKPD sekali lagi di Ambert Court.  Apartment Ambert Court di Jalan Genting, Daerah Bentong, Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  bermula Sabtu ini  susulan penularan hasil keputusan saringan kontak rapat bukan warganegara pada Ahad lalu.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti yang mempunyai enam blok setinggi 23 tingkat dengan 741 unit itu pernah dilaksanakan PKPD pada 10 Disember lalu sebelum dilanjutkan sehingga 20 Januari lepas.

Turut dikenakan PKPD di kawasan peranginan popular itu sehingga 13 Ogos ini ujar beliau lagi, ialah sebuah tapak pembinaan hotel mewah yang dikenali sebagai Grand Ion Delemon.

Tidak ketinggalan juga masih di Pahang, PKPD  melibatkan skim tanah rancangan persekutuan dalam Daerah Lipis iaitu kawasan Felda Sungai Koyan di Mukim Ulu Jelai susulan keputusan positif membabitkan seorang kontak rapat warga tempatan di situ yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada 27 Julai lalu.

“Di Terengganu, PKPD akan meliputi Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Daerah Kemaman manakala di Kedah pula, kawasan Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Daerah Baling selain di Kelantan, Kampung Wek di Batu 23, Labok, Jajahan Machang dan Kampung Lucok Stol, Rantau Panjang, Jajahan Pasir Mas.

“Di Perak, ia di Daerah Perak Tengah iaitu Kampung Biak Hilir, Mukim Bandar serta Kampung Biak Darat, Kampung Biak Baroh dan sebahagian Kampung Pasir Salah, Mukim Pasar Salak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Sabah paling banyak lokaliti yang dilaksanakan PKPD antaranya Kampung Airport Lama, Bahagian Tawau dan Kampung Marintanman, Sipitang, Bahagian Pedalaman; Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis, Daerah Keningau serta Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong, Telupid, Bahagian Sandakan.

Selebihnya jelas Hishammuddin, melibatkan dua lokaliti di Daerah Ranau dalam Bahagian Pantai Barat iaitu kawasan Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou.

Dalam pada itu ujarnya, dua lokaliti lagi di negeri tersebut disambung lagi PKPD sehingga 13 Ogos depan meliputi perumahan kakitangan syarikat Sabah Forest Industry di Daerah Sipitang dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu selain di Sarawak melibatkan Kampung Seratau, Kuching.

Bagaimanapun kata beliau, Kampung Astana dan Kampung Sungai Bedil ditamatkan PKPD termasuk Penjara Tawau dan kuarters Taman Ehsan, Bahagian Tawau dan Kampung Perpaduan Gumpa, Bahagian Kudat.

Begitu juga PKPD melibatkan Taman Mewah, Kelemak, Daerah Alor Gajah, Melaka dan kawasan Jalan Batu Nilam di Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor; serta Di Perak, ia meliputi Asrama Tropicana, Bukit Merah; Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai, Daerah Kerian serta kilang syarikat Latexx dan asrama pekerjanya di Taiping. – UTUSAN ONLINE

PKPD sekali lagi di Ambert Court


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

 


Sebaran :

Leave a Reply