Muat Naik Gambar Syaitan Satu Malaysia Kecoh – Caprice

Muat Naik Gambar Syaitan Satu Malaysia Kecoh – Caprice

Hanya mendiamkan diri selepas memohon maaf mengenai pendedahan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini, Caprice sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar syaitan di Instagram miliknya kelmarin.

Selepas ramai yang berteka-teki sama ada ianya berkaitan dengan isu sebelum ini, penyanyi rap itu akhirnya tampil dan memberikan penjelasan yang sebenarnya.





Malah dia meluahkan rasa terkejut kerana ramai yang heboh selain banyak pengamal media yang menjadikan entri tersebut sebagai sumber berita.

“Dengar ini, akhir zaman sudah pun tertulis di dalam al-Quran. Saya hanya memberi klu tentang apa yang akan berlaku. Kenapa nak terkejut, ianya sudah ditulis.”

Caprice turut berasa pelik mengapa hantaran berkenaan menjadi bualan ramai walhal terdapat pelbagai foto wanita tidak menutup aurat di luar sana yang tidak menjadi isu buat netizen.

“Muat naik gambar syaitan satu Malaysia kecoh, tetapi beribu-ribu gambar perempuan tak tutup aurat kenapa tak tular pula tak kecoh pun? Adakah saya yang gila, Malaysia atau anda?”



Walaubagaimanapun, Caprice dilihat menutup ruangan komen pada entri tersebut mungkin bagi mengelakkan perkara berkenaan menjadi perdebatan netizen. Bn

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Muat Naik Gambar Syaitan Satu Malaysia Kecoh – Caprice




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker