Agong boleh batal darurat bila-bila masa, tak perlu maklum Parlimen – Penganalisis

Agong boleh batal darurat bila-bila masa, tak perlu maklum Parlimen – Penganalisis. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja boleh membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat pada bila-bila masa jika Seri Paduka berpendapat keadaan negara sudah  berada dalam keadaan baik.

Penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, selepas Agong memberi persetujuan, pembatalan tersebut tidak perlu dimaklumkan di Dewan Rakyat.

Namun jelas beliau, semua kesalahan di bawah Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih berkuatkuasa sehingga titah perkenan rasmi dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Sebenarnya ahli Parlimen pembangkang sudah tahu jawapannya sebab mengikut Perlembagaan, darurat diisytihar oleh Agong dan ada tarikh luput pada 1 Ogos ini tetapi Seri Paduka boleh pada bila-bila masa membatalkannya jika merasakan keadaan sudah berubah dan berada dalam baik.

“Kalau Agong tidak batal pun, Seri Paduka akan ikut tarikh luput pengisytiharan pertama sebelum ini dan ia akan terbatal sendiri.

“Semalam YB (Datuk Seri) Takiyuddin Hassan (Menteri Undang-Undang) ada sebut yang bersetuju pada 21 Julai lalu adalah Kabinet pada mesyuarat Kerajaan Perikatan Nasional di mana yang pertama tidak menasihati Agong untuk sambung lagi darurat selepas 1 Ogos.

“Dengar betul-betul sebab ada yang tidak faham kerana Kabinet yang bersetuju dan sudah beri surat kepada Agong tetapi tidak menjadi kesan lagi sehinggalah Agong beri titah perkenan secara rasmi,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, semalam mengenai pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu.

Abdul Halim menambah, apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah betul mengikut perlembagaan di bawah Perkara 150 (3) iaitu ‘Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu’.

Kalau darurat batal, tiada guna kita bincang di Dewan Rakyat

Namun jelas beliau, sebelum Takiyuddin menghabiskan ayat fasa iaitu jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, ramai ahli Parlimen pembangkang sudah bangun membuat bising dan ‘melompat’.

“Kalau tengok Perkara 105 (3) iaitu ayat frasa jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, pihak kerajaan telah menggunakan dan mereka tidak perlu atau wajib memaklumkan kepada Ahli-ahli Dewan.

“Kerajaan membatalkannya tapi mereka mesti mendapat perkenan daripada Agong.

“Setakat ini, Agong belum keluar lagi titah perkenan sebab Tuanku tahu 1 Ogos ini adalah tarikh luput darurat dan bermula tarikh itu semua undang-undang yang dibuat ketika darurat akan luput.

“Jadi mungkin saya punya andaian, Seri Paduka akan tunggu waktu pada 1 Ogos ini dan keluar titah perkenan maka ini darurat akan ditamat dan semua undang-undang dibuat pun terbatal” katanya.

Abdul Halim juga memberitahu, apa yang diumumkan oleh Takiyuddin semalam adalah sebagai pemakluman kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Ini kerana jelas beliau, golongan wakil rakyat itu mempunyai pengundi dan perlu memberitahu rakyat tentang pembatalan ordinan darurat itu.

“Yang Takiyuddin buat adalah pemakluman kepada YB (Yang Berhormat) supaya mereka ada pengundi dan balik ke kawasan, beritahu rakyat agar jangan risau ia akan terbatal, tidak ada lagi selepas ini. Itu tujuan makluman dalam dewan kepada YB.

“Ahli Parlimen kerja mereka menyampaikan makljumat kepada rakyat, bukan buat heboh dan rakyat bertambah jadi keliru.

“Ini semua rakyat jadi keliru dan negara hadi huru-hara negara, Padahal benda senang kerana semalam telah dimaklumkan akan dibatalkan kita tunggu sahaja titah rasmi Tuanku nanti,” katanya. – MalaysiaGazette

Agong boleh batal darurat bila-bila masa, tak perlu maklum Parlimen – Penganalisis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pembatalan Ordinan Darurat mencurigakan – Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker