MP Pas dakwa PN ambil berat isu doktor kontrak

MP Pas dakwa PN ambil berat isu doktor kontrak

Hanya kerajaan PN ambil berat isu doktor kontrak, kata Ahli Parlimen PAS

Isu doktor kontrak bukan sesuatu yang baharu timbul ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya telah dilihat sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).



Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, walaupun ia isu lama hanya kerajaan PN yang memberi maklum balas kepada tuntutan doktor kontrak apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menyelesaikan perkara itu.

“Semalam di sebalik sidang Parlimen, berlaku protes doktor dan petugas barisan hadapan yang berstatus kontrak.

“Isu ini telah bermula sejak 2016 lagi pada zaman BN, berlarutan hingga 2018 iaitu zaman PH, sehinggalah zaman kerajaan PN sekarang. Hanya PN memberi maklum balas kepada tuntutan doktor kontrak ini melalui arahan Perdana Menteri kepada KKM, bagi pelan komprehensif untuk menyelesaikannya.

“Saya secara peribadi menyanjung usaha doktor kontrak ini yang berani menyuarakan pandangan untuk membela masa depan kerjaya mereka. Walaupun terlibat dengan protes mereka tetap menjaga pesakit,” kata wakil rakyat PAS itu ketika membahaskan ucapan Menteri Kesihatan pada sidang khas Parlimen.



Beliau turut menyuarakan penghargaan terhadap jasa petugas kesihatan dan barisan hadapan termasuk berstatus kontrak mendepani Covid-19.

Katanya, wakil PAS sebelum ini juga membuat beberapa cadangan kepada kerajaan untuk pelan jangka panjang dalam menyelesaikan isu kesihatan termasuk status doktor kontrak.

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri atas pengumuman rasmi pada 23 Julai lalu berhubung komitmen kerajaan mengatasi isu doktor kontrak dengan arahan untuk melakukan reformasi menyeluruh kepada perkhidmatan kesihatan negara. Komitmen ini tidak dilakukan oleh kerajaan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Alamin (BN-Kimanis) turut meminta kerajaan menyelesaikan isu doktor kontrak secepat mungkin.



“Saya faham kesengsaraan seorang doktor. Isteri saya juga seorang doktor.

“Saya harap kerajaan serap mereka secepat mungkin bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dan menjadi pakar, seterusnya menguntungkan kerajaan juga apabila mereka dapat kembali berbakti kepada negara,” katanya.

Pada 23 Julai lalu Jemaah Menteri bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan dilanjut selama dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika itu berkata dalam kenyataan, langkah penyelesaian segera itu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.



Semalam, doktor kontrak di beberapa hospital utama mengadakan “walk-out” sebagai sebahagian daripada Gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Mogok yang antara lainnya dibuat bagi menuntut laluan kerjaya yang adil dan faedah yang sama seperti doktor berjawatan tetap dimulakan pada 11 pagi.
FMT

MP Pas dakwa PN ambil berat isu doktor kontrak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker