Lana Nodin lantang gesa Noor Hisham letak jawatan

Sebaran :

Lana Nodin lantang gesa Noor Hisham letak jawatan

Pelakon Lana Nodin menyelar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah supaya berhenti ‘berlakon’ daripada terus membohongi rakyat Malaysia atas situasi Covid-19 yang sedang melanda negara pada masa ini, sekali gus menggesa orang nombor satu dalam mengepalai institusi kesiharan negara itu meletakkan jawatan yang diterajui sekarang sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Menerusi beberapa hantaran berbunyi lantang yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41, menyifatkan selama ini rakyat Malaysia telah terpedaya dengan Noor Hisham dengan karakter yang dipamerkan, wajah sedih dan penat.

“Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat slot Samarinda. Hebat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tahniah DG. Awak ini sepatutnya letak jawatan.

“Tak habis-habis buat muka kesian dan menangis penat. Tapi semua itu berlakon sahaja!” tulisnya dalam InstaStory.

Kata pelakon drama Aku Yang Gelar Isteri itu lagi, dia berasa simpati dengan nasib rakyat Malaysia yang menganggap kononnya Noor Hisham merupakan seorang yang prihatin terhadap rakyat, namun mendakwa kononnya yang berlaku adalah sebaliknya.

“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata kamu sangatlah prihatin kepada rakyat. Sedangkan?,” katanya yang turut meninggalkan tanda pagar #stepdowndg, #kerajaankoyak dan #kerajaangagal.

Dalam hantaran berbeza, Lana turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah video yang menunjukkan seorang individu tidak memakai sut pelindung diri (PPE) yang lengkap ketika menguruskan mayat mangsa Covid-19.

Berdasar video tersebut, kelihatan seorang lelaki berpakaian hitam tanpa memakai PPE sedang menguruskan puluhan mayat dalam sebuah kontena untuk dipindahkan ke dalam sebuah lori.

“Tengok lelaki baju hitam itu macam pergi hantar roti dekat kedai sahaja. Kata bahaya sampaikan kalau ada orang meninggal dunia (sebab Covid-19), ahli keluarga tidak dapat kebumikan (turut serta) sebab terlalu bahaya.

“Tapi tengok mamat (lelaki berbaju hitam) itu. Yang lain bukan main lengkap pakai PPE. Nasib baik tak buat drama jatuh sebab penat angkat mayat. Mengalahkan cerita Hindustan! Sedarlah, tak habis-habis bagi rakyat rasa ketakutan,” katanya.


ANTARA luahan rasa tidak puas hati Lana yang dikongsikan dalam InstaStorynya.

Kata Lana, dia bertindak berkongsi video tersebut kerana tertanya-tanya tindakan lelaki berbaju hitam itu boleh berada bersama mayat yang meninggal dunia kerana Covid-19 tanpa memakai PPE yang lengkap.

“Kalau betul bahaya sehinggakan ahli keluarga sendiri tidak boleh menguruskan sendiri mayat, kenapa lelaki itu bersahaja datang begitu (tanpa PPE)?

“Kenapa petugas barisan hadapan lain tak tegur lelaki itu? Tidak jadikan perkara itu sebagai isu prosedur operasi standard (SOP)? Oh, mungkin nanti aka nada yang kata petugas barisan hadapan penat sampai tidak sempat nak tanya lelaki itu,” katanya.

Sementara itu, Lana turut berkongsi mesej daripada seorang pengguna Instagram yang bersetuju dengan pandangannya tentang Noor Hisham.

Ujar individu terbabit, dia terkilan dengan Noor Hisham apabila tidak diendahkan ketika terserempak dengan beliau semasa berada di Pejabat Menteri Kesihatan untuk menyerahkan dokumen kepada Dr. Adham Baba.

Katanya, Noor Hisham enggan bertentang mata dengannya ketika berada di lobi, malah beliau juga dilihat tidak memakai pelitup muka ketika sibuk bercakap di telefon.

“Agaknya dah 30 dos vaksin, kebal dah. Dalam televisyen bukan main nak menangis sedih suruh pakai pelitup muka dua lapis.

“Pejabat kementerian awam boleh pula tak pakai pelitup muka. Oh lupa orang ‘kayangan’,”kata Lana.

Sekadar info, kes harian Covid-19 semalam mencatatkan rekod baharu dengan peningkatan kes sebanyak 17,045 menjadikan jumlah kes positif Covid-19 akhirnya mencecah lebih sejuta kes.

Negeri Selangor merekodkan sebanyak 8,500 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 2,045 kes dan Kedah sebanyak 1,216 kes. K Online

Lana Nodin lantang gesa Noor Hisham letak jawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan


Sebaran :

Leave a Reply