Nabila terbuka terima lamaran cinta

Sebaran :

Nabila terbuka terima lamaran cinta

​Nabila terbuka terima lamaran cinta 

KUALA LUMPUR: Soal jodoh, penyanyi lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua, Nabila Razali, 29, belum memikirkan secara serius, namun tidak menolak kehadiran lelaki yang mahu mengenali hati budinya.

Tanpa berselindung, Nabila berkata, bukan perkara luar biasa apabila diajukan persoalan jodoh dan perkahwinan kepadanya, apatah usia menghampiri 30 tahun.

Namun, katanya, dia tidak sesekali melatah, sebaliknya menjawab dengan baik.

“Saya gementar nak ulas soal jodoh. Sejujurnya, saya seronok melihat dan mendengar cerita Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah berkongsi mengenai cahaya mata.

“Buat masa sekarang, saya betul-betul mahu fokus dengan kerjaya, belum lagi memikirkan soal jodoh.

“Namun, pintu hati saya sentiasa terbuka menerima kehadiran lelaki yang serius mahu mendekati,” katanya kepada BH Online.

Nabila ulas persoalan jodoh ketika menjawab pertanyaan peminat pada sidang media eksklusif BeauRaya secara virtual pada Sabtu lalu.

Selain Nabila, sidang media secara virtual itu turut disertai Siti Nurhaliza, Izara dan Hawa Rizwana.

Sesi virtual secara eksklusif itu diadakan untuk pengguna produk BeauSiti untuk memberi inspirasi dan semangat positif dalam menghadapi cabaran era pandemik.

Berkongsi perkembangan kerjaya seni, Nabila berkata, dia kini sudah bersedia untuk menghasilkan single terbaharu.

“Jika album, mungkin masih jauh perjalanan lagi. Namun, saya akhirnya menemui karya yang sesuai untuk single terbaharu selepas kali terakhir merakamkan lagu Peluang Kedua, tahun lalu.

“Insya-Allah, single terbaharu akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya mengharapkan pendengar menyokong single terbaharu saya nanti,” katanya.

Mengulas bagaimana kekal positif ketika berdepan situasi getir, Nabila berkata, dia bersyukur berada di sisi keluarga ketika pandemik COVID-19, jadi tidak terlalu tertekan.

“Saya tinggal bersama keluarga, ada ramai anak saudara yang sering menjadi peneman. Jika saya malas, mereka akan tarik saya mengajar dan bermain, jadi saya tidak bosan berkurung dalam rumah.

“Ada masanya kita juga perlu mengosongkan minda, tidak terlalu meluangkan masa menghadap telefon, keadaan ini tidak menyihatkan.

“Apa yang kita ikuti dan baca dalam laman secara tidak langsung memberi aura negatif, apatah lagi, banyak isu yang sedang diperkatakan. Ia akan mengacau kesihatan mental, jadi pastikan apa yang dibaca memberi manfaat kepada kesihatan mental, bukannya buat jiwa kacau.

“Bagi saya, kesihatan mental sangat penting. Jika mental tidak sihat, apapun yang mahu dilakukan tidak bersemangat. Jadi, pastikan apa yang dilihat dan dibaca beri kebaikan dalam kehidupan, bukan merosakkan minda,” katanya yang memiliki rakan-rakan yang sentiasa positif dan mampu menaikkan semangat.

​Nabila terbuka terima lamaran cinta 

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


NABILA RAZALI SEDIH DIKRITIK


Sebaran :

Leave a Reply