Jawatan TPM: Permintaan Muhyiddin tiada manfaat buat rakyat

 

“Umno sokong Muhyiddin jadi perdana menteri demi rakyat walaupun dia bersekongkol dengan DAP untuk jatuhkan BN pada PRU14.

“Tetapi Bersatu sokong Ismail Sabri jadi perdana menteri demi jawatan timbalan perdana menteri, bukan rakyat.

“Maka amat wajar perdana menteri tidak layan perjanjian itu. Tidak ada faedah untuk rakyat. Tidak sama PH-Bersatu memungkiri janji rakyat 100 hari,” tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan semalam mendedahkan terdapat perjanjian bertulis antara Perikatan Nasional (PN) dengan Ismail untuk jawatan TPM.

Wan Saiful mendakwa, perjanjian itu dibuat sebelum Ismail dilantik menjadi perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin yang hilang sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Mengakui lantikan TPM sebagai kuasa prerogatif perdana menteri, Wan Saiful berkata Bersatu akan melihat dan menilai sama ada perjanjian itu akan ditunaikan atau tidak.

Wan Saiful enggan mengulas dakwaan Muhyiddin menamakan timbalannya dalam Bersatu Ahmad Faizal Azumu untuk jawatan itu.

Sementara itu, Puad berkata, di saat kejatuhan pun, Muhyiddin masih bernafsu besar menuntut jawatan TPM untuk Bersatu.

“Maksudnya dari awal lagi keutamaan Bersatu ialah jawatan.

“Dari awal lagi rupanya Bersatu sudah mengugut Ismail Sabri kerana kejar jawatan,” kata Puad dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata Umno ternyata lebih baik apabila tidak membuat sebarang perjanjian bertulis ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Lebih gentleman (budiman) dari Bersatu. Masa Umno sokong Muhyiddin jadi perdana menteri tidak ada perjanjian bertulis.

“Tidak ada syarat jawatan timbalan perdana menteri.

Ahad lalu, Muhyiddin berkata, dia bertemu Ismail untuk membincangkan pelantikan dalam kabinet, termasuk jawatan TPM yang menurutnya berkait perjanjian PN dengan perdana menteri.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker