Presiden UMNO kata tiada keperluan bubar DUN Kedah, namun terpulang pada PAS

BAGAN DATUK: Tiada sebarang faktor untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan ketika ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kecuali Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md. Nor dan Pas merasakan rakyat telah menolak pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

“Saya tak dapat menelah kedudukan di negeri Kedah kerana negeri itu dikuasai oleh Pas.



“Mengikut Undang-undang Tubuh sesebuah negeri, seseorang Menteri Besar atau Ketua Menteri akan menasihatkan baginda tuanku untuk memberikan nasihat sama ada sesebuah DUN perlu dibubarkan untuk memanggil PRN.

“Saya tak nampak ada faktor untuk DUN (Kedah) dibubarkan kecuali Menteri Besar dan partinya merasakan rakyat telah menolak pentadbirannya, maka, itu adalah merupakan perkiraan kepada parti berkenaan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengunjungi kediaman rakan karibnya,  Beh Song Wan sempena Tahun Baharu Cina di Hutan Melintang di sini hari ini.

Ahmad Zahid ditanya mengulas khabar angin mendakwa terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan menarik sokongan daripada kerajaan negeri Kedah yang ditadbir Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN ONLINE




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap



Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker