Guna logo, tema Hari Kebangsaan lain boleh jejas perpaduan – Menteri Perpaduan Negara

Sebarang cadangan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza merupakan salah satu daripada defisit sosial yang dikenal pasti mampu menjejaskan perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang.

Dalam kenyataan hari ini, Aaron berkata cadangan seumpama itu turut membantutkan usaha kerajaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Dia merujuk kepada kenyataan Ketua PN Ahmad Fadhli Shaari, yang dilaporkan berkata empat negeri di bawah pentadbiran gabungan itu mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza, untuk memperingatinya di peringkat negeri.



“Ia berkait rapat tentang semangat kerjasama, toleransi dan hubungan baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, yang perlu ditangani secara berhemah.

“Seharusnya pemimpin di setiap peringkat hendaklah memainkan peranan penting sebagai pemangkin perpaduan, termasuklah tadbir urus di peringkat persekutuan dan negeri melalui aspek sempadan politik, ekonomi dan sosial,” katanya.

Media melaporkan Ahmad Fadhli berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN semalam, iaitu ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini mengumumkan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.



Logo cadangan PN

Aaron berkata tema HKHM 2023 yang dilancarkan pada 27 Mei lepas itu membawa maksud semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi, serta membenihkan rasa cinta yang mendalam kepada negara.

Katanya, setiap rakyat di negara ini sedia maklum bahawa sambutan yang diadakan saban tahun itu diraikan dengan semangat patriotisme dan cinta kepada negara, bagi mengenang jasa pejuang kemerdekaan terdahulu yang telah bersusah payah memastikan Malaysia terus bebas merdeka dari cengkaman penjajah.

“Sambutan Hari Kebangsaan merupakan suatu perayaan bersifat nasional. Logo dan tema yang ditetapkan menjadi lambang kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Aaron turut mengajak semua pihak untuk saling membantu dalam meningkatkan tahap kesepaduan nasional dan berganding bahu, memastikan usaha tersebut dapat dicapai dengan dengan kadar optimum, kerana perpaduan yang utuh menjadi tunjang kepada pembinaan Malaysia yang maju, sejahtera serta makmur.



“Usahlah kita menjadi pencetus kepada perpecahan atau ketidaksefahaman dalam kalangan rakyat. Ia bukan soal untuk mencari siapa yang lebih dan siapa yang kurang, siapa yang baik dan siapa yang buruk, tetapi ia lebih bersifat saling menguatkan bersama tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik,” katanya.

-Bernama

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker