Rina langsai hutang RM1.3 Juta, Ahli Parlimen minta SPRM jelaskan

 

Rina langsai hutang RM1.3 Juta, Ahli Parlimen minta SPRM jelaskan. Lima anggota parlimen pembangkang hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bagaimana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berjaya mengumpulkan dana untuk membayar hutangnya baru-baru ini.

Menurut mereka, penyelesaian hutang berkenaan dilihat tidak setimpal dengan aset yang diisytiharkan oleh Rina kepada SPRM dan diterbitkan tahun lalu.

“Sebarang kelewatan dalam menyiasat perkara ini akan mengakibatkan persepsi masyarakat terhadap SPRM menjadi negatif ketika badan itu seharusnya bebas, adil dan bertindak dengan penuh integriti,” kata mereka dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Salahuddin Ayub (Amanah-Pulai), Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu), Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud), Sivarasa Rasiah (PKR-Sungai Buloh) dan Teo Nie Ching (DAP-Kulai).

Pada Feb lalu Rina yang juga pemimpin sayap wanita Bersatu menyelesaikan tuntutan hutang bernilai RM1,340,642.02 oleh tiga syarikat Perancis.

Menurut rekod pengisytiharan aset menteri kabinet kepada SPRM yang dikeluarkan pada Julai lalu, Rina mempunyai pendapatan bulanan RM34,004.48 dan aset bernilai kurang daripada RM1 juta.

Inisiatif pengisytiharan harta digerakkan oleh Pakatan Harapan (PH) tidak lama selepas gabungan itu mendirikan kerajaan berdasarkan mandat yang diterima daripada rakyat pada 2018.

Untuk rekod ketika ini SPRM tidak lagi menyiarkan maklumat tersebut kepada umum.

Kelima-lima anggota parlimen terbabit mengeluarkan kenyataan berkenaan sebagai tindak balas terhadap keputusan SPRM untuk mendakwa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pertuduhan menyalahgunakan dana RM1.12 juta yang dikatakan milik Bersatu.

Mereka berkata bahawa keputusan untuk menuduh Syed Saddiq adalah bermotifkan politik.

“Sangat mencurigakan apabila kedua-dua tuduhan ke atas Syed Saddiq itu dibuat sekarang apabila dakwaan itu berlaku tahun lalu dan sebelum pilihan raya 2018,” kata mereka.

Rina langsai hutang RM1.3 Juta, Ahli Parlimen minta SPRM jelaskan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Apa jaminan TH ‘bersih’ salah laku jika dikawal BNM?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker