Apa jaminan TH ‘bersih’ salah laku jika dikawal BNM?

Apa jaminan TH ‘bersih’ salah laku jika dikawal BNM? Apakah Lembaga Tabung Haji (TH) tidak mampu melaksanakan urus tadbir korporat sehingga perlu diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM)?

Walhal, institusi kewangan Islam itu mempunyai Ahli Lembaga Pengarah dan dipantau Jabatan Audit negara setiap tahun, kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya.

Justeru, beliau berkata, struktur semasa TH ketika ini sudah mencukupi tanpa perlu diletakkan di bawah seliaan BNM mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).



Katanya, PEMBELA sentiasa mengalu-alukan dan menyokong penuh sebarang penambahbaikan daripada kerajaan terhadap TH, termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Tetapi, kita tidak setuju kenapa bila mahu menambah baik urus tadbir korporat TH mesti diletakkan di bawah BNM yang tertakluk IFSA.

“Kenapa tidak TH sendiri yang memperkemaskan struktur yang ada di dalamnya? Kalau tidak bagus boleh ditambah baik,” katanya dalam satu video ucapan di Facebook PEMBELA, hari ini.

Haji Aminuddin berkata, TH boleh memanggil penasihat untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dan kapasiti Ahli Lembaga Pengarah sekiranya struktur sedia ada tidak mampu mengekalkan urus tadbir korporat.



“Saya difahamkan antara sebabnya adalah kerana banyak campur tangan politik sebelum ini menyebabkan dana TH dilabur dan hilang begitu sahaja.

“Bagi saya perkara itu boleh diperbaiki dengan mengubah sahaja akta Tabung Haji dan tetapkan bahawa tidak ada orang politik dibenarkan campur tangan jika itu menjadi isu.

“Ini bermakna, kerangka penambahbaikan ‘corporate governance’ boleh dibuat di dalam struktur TH tanpa perlu memindahkannya kepada BNM,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan jaminan daripada Menteri Kewangan sekiranya keputusan meletakkan TH di bawah BNM akan menjadikan badan itu mempunyai urus tadbir korporat yang bagus tanpa sebarang salah laku.



“Jangan ingat rakyat lupa apa yang berlaku, kes menyebabkan kerajaan (sebelum ini) jatuh iaitu SRC dan 1MDB. Berapa bank yang terlibat sehingga bank disaman.

“Itu di bawah seliaan BNM, sebuah bank besar juga berlaku masalah ‘corporate governance’. Adakah ‘corporate gorvenance’ BNM sendiri baik? Kita perlu ingat, tak semestinya berada bawah BNM, ‘corporate governance itu bagus,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mengumumkan TH akan dikawal selia oleh BNM.

Kementerian dalam kenyataan berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai institusi kewangan Islam di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.



Apa jaminan TH ‘bersih’ salah laku jika dikawal BNM?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker