Pak Long Mail kerap baca komen netizen

Pak Long Mail kerap baca komen netizen di media sosial

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau lebih mesra dengan gelaran ‘Pak Long Mail’ dilihat sering mencuri perhatian netizen apabila seringkali membaca komen-komen netizen di media sosial.

Terbaru, usaha Pak Long Mail dilihat apabila cuba menyelami dan mempertimbangkan keluhan rakyat mengenai kebenaran untuk pasangan jarak jauh yang lengkap 2 dos untuk merentas negeri berjumpa keluarga di kampung halaman masing-masing.

“Melihat kepada komen-komen yang diberikan netizen di media sosial, saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibubapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.“

“Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibubapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin.”

Gambar diambil sebelum pelaksanaan PKP.
Katanya, sebagai seorang bapa, beliau sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia. Oleh sebab itulah, Pak Long Mail akan membawa isu rentas negeri ini ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dibincangkan.

Pak Long Mail dilihat sebagai salah seorang figura yang disenangi kerana keperibadian yang merendah diri, namun ketegasan beliau dalam menangani penularan COVID-19 sentiasa mendapat pujian. Wc

Pak Long Mail kerap baca komen netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen

Related Articles

One Comment

  1. Eloklah itu. Tapi kalau tak silap saya dah berminggu-minggu Pak Long buat kenyataan “minggu depan akan dibuat pengumuman” warga-warga yang dah siap dua dos vaksin boleh rentas daerah dan beberapa ‘kelonggaran sekatan’ yang lain. Tapi dah hampir sebulan belum lagi. Errr, atau adakah minggu depan tu bermaksud minggu depan tahun 2022? Maaflah kalau kefahaman saya begitu?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker