Doakan terbaik untuk Ameera Khan

Doakan terbaik untuk Ameera Khan

Doakan saya jadi manusia yang lebih baik – Ameera

“Saya terima (kritikan) dengan hati terbuka dan tolong doakan saya untuk jadi manusia lebih baik.”



Itu respons ringkas perso­naliti media sosial, Ameera Khan berhubung kecaman orang ramai selepas gambarnya mengenakan pakaian ketat dan berhijab dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Ameera Khan, 21, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai memandangkan baru sahaja kembali dengan imej berhijab.

“Saya berubah secara perlahan-lahan. Saya tidak kisah de­ngan apa yang orang hendak cakap kerana saya lebih tahu siapa diri saya.

“Setiap hari saya cuba menjadi orang yang lebih baik daripada semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.



Ameera yang dikenali sebagai Little Miss Khan memuat naik beberapa keping gambar menggayakan gaun santai paras lutut bersama padanan stoking panjang dengan imej berhijab.

Bagaimanapun, busana ko­leksi mewah sebuah jenama ter­kenal yang dipakai Ameera dilihat kurang sesuai dengan i­mejnya yang berhijab kerana terlalu ketat sehingga menam­pakkan bentuk tubuhnya.

Menjengah di ruangan komen, ada netizen mengkritik dan ada juga yang memberikan kata-kata positif buat gadis berusia 21 tahun itu selain mendoakan agar Ameera berubah mengikut jejak langkah kakaknya, Neelofa yang merupakan selebriti terkenal.

“Ada yang tidak kena dengan gambar ini. Tapi tidak apalah. Doa saya semoga suatu hari nanti awak akan dapat hidayah Allah SWT,” kata pengikutnya.



Ameera sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas memuat naik sekeping gambar memaparkan bentuk punggungnya di Instagram. K Online

Doakan terbaik untuk Ameera Khan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bila Artis Nabila Huda, Erma Fatima & Umie Aida Sahut Cabaran ‘Huwa Huma Hum’ Buat Netizen Terhibur 🤣😂

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker