Bye Hot FM! Mark Adam Dan Fizie Ditamatkan Kontrak Dan Sebak Tinggalkan Hot FM [VIDEO]

Bye Hot FM! Mark Adam Dan Fizie Ditamatkan Kontrak Dan Sebak Tinggalkan Hot FM [VIDEO]

Penyampai radio segmen Geng Pagi Hot (GPH) Fizie dan Mark Adam mengambil keputusan bagi meninggalkan stesen Hot FM hari ini.

SECARA tiba-tiba dua penyampai radio Hot FM, Fizie dan Mark Adam terpaksa meninggalkan konti stesen berkenaan apabila kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan berkuat kuasa pada Selasa.

Justeru pada pagi Isnin merupakan kali terakhir kedua-dua penyampai ini bersiaran selepas digandingkan bersama menerusi slot Geng Pagi Hot.



Penyampai radio segmen Geng Pagi Hot (GPH) Fizie dan Mark Adam mengambil keputusan bagi meninggalkan stesen Hot FM hari ini.

Menerusi laman Instagram masing-masing, mereka memuat naik video memberikan ucapan istimewa dan berkongsi pengalaman sepanjang bertugas di stesen radio tersebut.

Menurut Fizie atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan, dia sebak mengenang perjalanan suka dan duka sepanjang hampir 10 tahun berkhidmat di stesen radio berkenaan.



“Maafkan saya jika ada salah silap. Bermula dari Hot FM Kelate, saya ditukarkan ke Kuala Lumpur. Beberapa kali GPH bertukar-tukar rakan penyampai, terima kasih menjadi sebahagian dalam hidup saya,” katanya.

Menganggap rezekinya bersama stesen berkenaan sekadar untuk tempoh enam bulan, Mark akui dia sedih dan terkilan kerana sudah mula selesa dengan kerjaya sebagai penyampai radio.

View this post on Instagram



A post shared by Mark Adam (@markadam1079)

“Saya dapat surat pada Jumaat lalu, kontrak saya sebenarnya untuk tempoh dua tahun… tapi mungkin pihak pengurusan baharu ada plan mereka tersendiri

Saya ditamatkan perkhidmatan atas persetujuan bersama, ikutkan kontrak saya akan habis pada Januari tahun hadapan.



“Saya akui sedih sebab Hot FM dah jadi sebahagian daripada hidup saya… 10 tahun saya abadikan diri di situ

“Kita perlu korbankan sesuatu untuk buat sesuatu yang lain. Lepas ini saya akan fokus kepada perniagaan pembinaan yang saya usahakan selama ini,” katanya.

“Selamat tinggal @hotfm976 terima kasih banyak dengan peluang yang diberikan. Kepada semua rakan2 saya di dalam kerjaya ni, terima kasih banyak dengan kerjasama dan ilmu yang diberikan.

“Teruskan mendengar Hot FM guys banyak benda baik yang akan datang lepas ni! I wish everyone the best!
Syukur alhamdulillah,” tulisnya.

Fizie juga melihat peluang ini sebagai satu ‘penebusan’ untuknya agar dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya memandangkan sebelum ini dia terlalu sibuk dengan kerja.



“Sebelum ini memang saya asyik bekerja, kadang tak lekat di rumah… mungkin ini peluang yang Tuhan hantar untuk saya lebihkan banyak masa bersama dengan anak-anak.

“Saya pun tak tahu esok bangun tidur macam mana rasanya… sebab sebelum ini dah terbiasa bangun pagi terus bergerak ke studio,” katanya lagi.

Mark, Fizie dan pelakon Riena Diana digandingkan sebagai penyampai untuk slot Geng Pagi Hot sejak Februari lalu.

Trio tersebut ke udara pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi

Jumaat lalu, pengacara Issey Fazlisham sebak meninggalkan stesen Suria FM dengan membuat keputusan tidak menyambung kontrak selepas tiga tahun berkhidmat.-mSTAR

Bye Hot FM! Mark Adam Dan Fizie Ditamatkan Kontrak Dan Sebak Tinggalkan Hot FM [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]

[VIDEO] Welcome To The Club! Mark Adam! Ramai Suka, Mark Adam Ganti Shuib di Hot FM 🔥

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker