Covid-19 : 10792 kes baharu hari ini

Covid-19 : 10792 kes baharu hari ini

Sebanyak 10,972 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 927,533 kes, maklum KKM.

Lembah Klang terus mencatatkan kes harian tertinggi, dengan Selangor (4,404 kes) dan Kuala Lumpur (609 kes).



Negeri Sembilan merekodkan 1,340 kes hari ini.

Sementara itu, Kedah pula menyaksikan rekod tertinggi 705 kes, mengatasi rekod sebelumnya 701 pada 17 Julai.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):



Selangor – 4,404 (326,823)
WPKL – 609 (99,172)
Johor – 876 (79,554)
Sabah – 651 (75,796)
Sarawak – 301 (71,601)
Negeri Sembilan – 1,340 (62,369)
Pulau Pinang – 426 (39,296)
Kelantan – 170 (37,728)
Kedah – 705 (33,255)
Perak – 324 (31,573)
Melaka – 474 (25,526)
Pahang – 475 (18,948)
Terengganu – 144 (12,797)
WP Labuan – 24 (9,451)
WP Putrajaya – 48 (3,016)
Perlis – 1 (628)

Kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin COVID-19 seperti dimaklumkan kerajaan sebelum ini akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini jawatankuasa teknikal sedang melakukan kajian terperinci mengenainya.

Katanya, kemudian perkara itu akan dibentangkan kepada kerajaan sebelum keputusan dibuat berhubung kelonggaran kepada golongan berkenaan.



[Berita penuh menyusul]

Covid-19 : 10792 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api



Related Articles

One Comment

  1. Dalam tempoh tak sampai seminggu, Malaysia akan rekod lebih sejuta kes kalau angka kes harian lebih 10 ribu sehari.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker