Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice [VIDEO]
Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice [VIDEO]
Sejak semalam panas apabila Caprice yang kini berada Cairo, Mesir kurang gembira dengan pasukan di belakang Ustaz Ebit Lew (UEL). Beliau berkata dirinya telah disekat oleh akaun Instagram Ebit Lew selepas menegur secara peribadi tentang cara kerja UEL di sana.
Caprice mendakwa, disebabkan ‘lakonan’ daripada pasukan yang masuk ke Gaza sebelum beliau telah menyulitkan peluangnya pula untuk masuk ke Gaza. Antara perkara yang dibangkitkan oleh Caprice adalah gambar memberi mainan kepada kanak-kanak yang menurut Caprice dipersoal oleh penduduk Gaza kenapa nampak seperti sebuah Photoshoot.
Caprice turut menulis beliau berkata UEL hadapi masalah ketika di sana dan UEL perlu melutut di hadapan menteri di sana untuk keluar dari Gaza. Semuanya berpunca daripada gambar pemberian mainan kanak-kanak miskin yang dirakam oleh pasukan UEL.
Menurut Caprice, beliau tidak ada masalah dengan Ustaz Ebit Lew cuma tidak senang dengan cara kerja pasukan UEL yang baginya cuma mencari publisiti ketika di Gaza.
Pembantu Peribadi Ebit Lew jawab tohmahan Caprice
Sementara itu, PA kepada UEL, Arief Farhan tidak berdiam diri apabila namanya dipetik sebagai insan yang ‘buat hal’ dalam isu UEL ini. Beliau terpanggil untuk menjawab segala tohmahan yang dibuat Caprice kerana ia melibatkan imej UEL.
Arief Farhan berkongsikan beberapa klip penerangan isu tersebut di Instagram miliknya. Menjawab kepada isu utama yang dibangkitkan Caprice, Arief menulis ini, “Jika betul UEL buat hal di Gaza, agak-agak kerajaan Palestine Gaza beri ke anugerah duta muhibbah Palestine kepada UEL dan team?”
“Salah ke jika UEL beri mainan kepada anak-anak di Palestine? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan. Hubungan UEL dan menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaru, Menteri Luar Palestine turut beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL. Kalau hubungan keruh agak-agak akan terima lagi layanan macam tu semua?” tulis Arief.
Namun antara tohmahan yang menurut Arief paling tidak betul adalah di mana UEL perlu melutut kepada menteri di Gaza untuk keluar dari sana. “Dengan nama Allah UEL tidak pernah berbuat demikian. Saya akan beri bukti. Takut saya terlepas pandang saya terus hubungi UEL. UEL sendiri nafikan. Kenapa Cap? Kenapa sanggup fitnah UEL cium dan melutut kaki Menteri Gaza Cap?” tambah Arief.
Bagi Arief, Caprice dilihat sengaja mereka cerita dan memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata mahu masuk Gaza. Untuk pengetahuan semua, ia bukan sesuatu yang mudah untuk memasuki Gaza kerana memerlukan perancangan yang teliti. Banyak aspek yang perlu diambil kira terutamanya soal keselamatan.
Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir, pasukan UEL merupakan team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza selepas perang baru-baru ini.
“Ada lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia terkandas di Mesir dan perlu menunggu masa untuk dibenarkan memasuki Gaza,” tulis Ebit Lew.
Caprice dijangka akan membuat pendedahan rasmi apa yang sebenarnya berlaku di Gaza pada 21 Julai ini dan berkata pendedahan yang bakal dibuat boleh ‘mengancam nyawanya’. Selepas pertikaian ini, adalah sesi live itu nanti turut akan melibatkan Ebit Lew? Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.-TheVocket
Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- TH berdepan beberapa risiko jika diletakkan di bawah BNM
- ok Mat kata pelan pemulihan negara perlu segera
- UMNO Kepentingan Pertiwi Diutamakan
- Janna tayang punggung, netizen yang panas
- Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza
- Resepi asam pedas ekor terangkat
You must be logged in to post a comment.