COVID-19: Muzium di London bertukar jadi pusat vaksinasi

COVID-19: Muzium di London bertukar jadi pusat vaksinasi

LONDON: Muzium London Tate Modern berubah menjadi pusat vaksinasi COVID-19 pada Jumaat, bagi menawarkan dos pertama dan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

UK telah meningkatkan usaha vaksinasi menjelang tarikh akhir sekatan yang dijanjikan serta kebimbangan yang memuncak ke atas peningkatan jangkitan varian Delta.

Negara berkenaan catat lebih daripada 50,000 kes COVID-19 baru pada Jumaat, yang merupakan kali pertama dalam tempoh enam bulan.

Penasihat Perubatan Tinggi Kerajaan juga memberi amaran bahawa mereka yang dimasukkan ke hospital mencapai tahap yang menakutkan dalam beberapa minggu.

Walaupun terdapat kenaikan, kerajaan Britain merancang untuk meneruskan kelonggaran sekatan pada Isnin ini.

Antaranya adalah garis panduan baru penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup.

Kerajaan berharap agar pemberian vaksin yang cepat akan dapat melandaikan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker