Budak maut disengat tebuan

Budak maut disengat tebuan

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan maut selepas disengat tebuan dalam kejadian di rumahnya di Dungun, Terengganu, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 2 petang di Kampung Minda itu berlaku ketika mangsa, Mohammad Rayyan Fitri Mohd Nazuki berada di bilik rumah bersama kakaknya, Khalis Najwa, 13, sambil bermain telefon bimbit, lapor Harian Metro.



Tidak lama kemudian, kakak mangsa ternampak seekor tebuan memasuki bilik itu dan hinggap di atas tangan kanan adiknya sebelum kanak-kanak itu menjerit akibat disengat.

Bapa mereka Mohd Nazuki Mat Jusof, 42 yang dimaklumkan kejadian itu sebaik pulang mengerjakan solat Jumaat, terus menghantar anaknya ke Klinik Kesihatan Bukit Besi, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang.

“Pada masa itu, isteri, Wan Suraya Wan Sudin, 40, sibuk berniaga di kedai runcit sebelah rumah. Sebaik pulang, anak saya keluar bilik menuju ke bilik mandi dan memberitahu berasa sakit dan seluruh badannya panas.

“Saya mengiringinya ke bilik air namun dia rebah sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.



Nazuki berkata, sebelum ini anaknya yang berusia tujuh tahun, Darwisy Ihsan pernah disengat tiga tebuan ketika bermain berhampiran kawasan rumah dan dia mengakui terkilan Rayyan meninggal dunia hanya akibat satu sengatan.

“Apa pun saya redha dengan apa yang berlaku dan saya sangat terkejut kerana dengan hanya satu sengatan, Rayyan boleh meninggal dunia,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun Baharudin Abdullah yang dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan. FMT

Budak maut disengat tebuan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beri anak minum racun, suami isteri ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker