AstraZeneca beri perlindungan sepanjang hayat

AstraZeneca beri perlindungan sepanjang hayat. Satu kajian mendapati suntikan vaksin AstraZeneca mampu memberikan perlindungan lebih lama terhadap Covid-19 iaitu sehingga seumur hidup seseorang, lapor akhbar The Sun semalam.

Selain menghasilkan antibodi yang mematikan virus, vaksin tersebut juga mewujudkan ‘kem latihan’ dalam badan untuk sel T mencari dan memusnahkan varian-varian baharu.

Ini bermakna badan manusia boleh terus menghasilkan sel-sel penting bagi melawan Covid-19  meskipun dalam tempoh yang lama selepas antibodi berkurang, iaitu berkemungkinan untuk tempoh seumur hidup.

Menurut seorang penyelidik, Profesor Burkhard Ludewig, sel-sel T yang datang daripada ‘kem latihan’ selular didapati mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

“Adenovirus telah berkembang bersama manusia untuk satu tempoh yang lama dan ‘mempelajari’ banyak perkara mengenai sistem imunisasi tubuh manusia ketika proses tersebut.

“Virus adalah ‘guru’ terbaik, dan kini ia mengajar kita tentang cara terbaik untuk meningkatkan tindak balas sel T.

“Diharapkan kita dapat menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan vaksin-vaksin baharu yang memberi fokus kepada penyakit-penyakit seperti tibi, ‘Human Immunodeficiency Virus’ atau HIV, hepatitis C dan kanser,” katanya.

Sebelum ini, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa suntikan vaksin AstraZeneca adalah lebih berkesan dalam menghasilkan sel-sel T berbanding vaksin jenis mRNA seperti Pfizer dan Moderna.

Meskipun kandungan sel T adalah sukar diukur, namun kajian terbaharu itu memberi harapan positif bahawa ia boleh bertahan sehingga seumur hidup. – AGENSI

AstraZeneca beri perlindungan sepanjang hayat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kajian buktikan Pfizer lebih bagus daripada AstraZeneca

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker