Kajian buktikan Pfizer lebih bagus daripada AstraZeneca

Pfizer lebih bagus daripada AstraZeneca?. LONDON: Satu kajian menunjukkan warga emas Britain yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca kemungkinan memiliki antibodi Covid-19 yang kurang berbanding golongan yang diberi vaksin Pfizer.

Lapor Daily Mail, pakar dari Imperial College London mendapati kurang daripada 85 peratus individu berusia lebih 80-an mempunyai tahap protein melawan virus yang boleh dikesan, dalam tempoh dua minggu selepas menerima dos kedua vaksin AstraZeneca.

Sebaliknya, kira-kira 98 peratus golongan usia yang sama mempunyai tahap antibodi selepas mendapat suntikan kedua vaksin Pfizer.



Penemuan itu diperoleh daripada kajian pemantauan terbesar Britain, REACT 2 yang menguji sampel darah lebih 207,000 penduduk negara ini secara rawak.

Meskipun antibodi hanya merupakan satu bahagian daripada keseluruhan tindak balas imun terhadap Covid-19, pakar berkata, hasil keputusan itu tidak sama sekali mengejutkan.

Ahli virologi dari Universiti Reading, Prof. Ian Jones berkata, vaksin AstraZeneca didakwa menghasilkan kekebalan yang kurang kuat kerana bergantung pada virus selesema yang lemah.

Katanya, dalam beberapa kes, badan manusia mungkin menyerang virus itu dan bukannya protein Covid-19 pada permukaannya sehingga mengakibatkan suntikan vaksin tersebut gagal membina kekebalan virus.



Jelas beliau, vaksin Pfizer tidak berdepan masalah demikian kerana ia menggunakan teknologi yang amat berbeza.

‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

Dalam ujian klinikal, vaksin AstraZeneca juga didapati sedikit lemah dalam mencegah jangkitan Covid-19 tanpa gejala.



Bagaimanapun, analisis sebenar pelaksanaan vaksinasi Britain menunjukkan kedua-dua vaksin itu amat berkesan untuk mencegah komplikasi teruk dan mengurangkan kematian akibat Covid-19.

Selain berkesan menentang varian Delta, kedua-dua vaksin itu juga terbukti lebih 90 peratus mengurangkan risiko kemasukan ke hospital akibat koronavirus.

Kajian itu dijalankan selama dua minggu hingga 25 Mei lalu, ketika program inokulasi mula dilaksanakan bagi individu berusia 30-an.

Kajian itu mendapati hampir 100 peratus individu berusia 39 tahun ke bawah yang diberi vaksin AstraZeneca mempunyai antibodi terhadap Covid-19 selepas dua minggu menerima dos kedua.



Kadar itu mencatat sedikit penurunan bagi golongan berusia 40 hingga 49 tahun iaitu merekodkan 99.4 peratus, 50 hingga 59 tahun (93.8 peratus) dan 60 hingga 69 tahun (92.1 peratus).

Namun, kadar itu jatuh bagi individu berusia lebih 80 tahun dengan mencatatkan sebanyak 83.6 peratus.

Sebagai perbandingan, vaksin Pfizer mencatatkan perlindungan 100 peratus bagi semua kumpulan umur kecuali individu berusia atas 80- an dengan melaporkan 97.8 peratus. – AGENSI

Pfizer lebih bagus daripada AstraZeneca?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Rafidah tanya 6 soalan kepada kerajaan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker