Kenapa Ada Wanita Lebih Suka Lelaki Badan Besar Daripada Kurus

Kenapa Ada Wanita Lebih Suka Lelaki Badan Besar Daripada Kurus

Kebanyakan orang berfikir tentang negatif daripada positif tentang isu berbadan besar.

Apatah orang berbadan besar mudah diserang penyakit, tidak pandai berfesyen malahan ada yang beranggapan golongan seperti lebih susah mencari teman wanita.

Ingin tahu antara alasan wanita memilih lelaki berbadan besar aka gendut ini.

Lebih Hangat

Mungkin betul. Ianya menjadi alasan utama kenapa wanita lebih sukakan yang berbadan besar berbanding kurus. Bayangkan saja kalau anda sedang jalan sama si bujang dengan keadaan udara yang sejuk, lalu anda lupa membawa jaket.

Si gendut tidak akan segan memberikan jaketnya pada anda. Bekalan lemak di tubuhnya akan membuatkan ia lebih bertahan dalam cuaca sejuk.

Best Untuk Dicubit

Pipi mereka sahaja buat anda rasa geram mahu dicubit. Bukan sahaja pipi mereka saja jadi sasaran, bahagian perut yang gendut juga menjadi tempat untuk dicubit. Anda merasakan geram dengan pipi mereka yang comel.

Boleh Menghabiskan Makanan

Jika anda tak habis makan, jangan bimbang kerana teman lelaki anda yang berbadan besar ini bisa menghabiskan makanan anda. Jadi, tidak berlaku sebarang pembaziran.

Tidak Memilih Makanan

Satu lagi perkara yang menyenangkan bila bersama dengan lelaki berbadan besar ialah mereka langsung tidak cerewet dengan makanan, semua boleh diterima dan makan. Bayangkan jika anda sudah berumah tangga nanti, apa yang anda masak diterimanya. Mereka boleh makan apa sahaja.

Rasa Selamat

Mungkin fizikalnya yang besar menyebabkan wanita rasa selamat berada dengannya. Orang yang ingin ganggu pun rasa takut dengan teman lelaki anda yang punya fizikal besar itu.

Kelakar

Mereka ini disukai kerana sikap mereka yang peramah dan mempunyai sense of humor. Melihatkan fizikal mereka sahaja kita sudah ketawa apatah lagi bila mula bersuara.

Tapi tak kisahlah yang kurus, kecil, badan besar, tinggi lampai, bantut, asalkan rasa happy sudahlah.-WN

Kenapa Ada Wanita Lebih Suka Lelaki Badan Besar Daripada Kurus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beri anak minum racun, suami isteri ditahan

Tujuh suspek kes bertumbuk direman tiga hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker