Wan Saiful dakwa PM pimpin amalan politik wang

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendakwa amalan politik wang semakin berleluasa ketika ini dan menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai puncanya.

Kenyataan itu dibuat selepas empat ahli parlimen Bersatu mengalihkan sokongan mereka kepada kepimpinan Anwar, termasuk dua daripadanya dalam tempoh kurang 24 jam antara satu sama lain.

Bercakap kepada pemberita di phari ini, Wan Saiful berkata, dakwaannya itu dapat dibuktikan apabila Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman, menerima peruntukan daripada Putrajaya hanya seminggu selepas memberikan sokongan kepada kerajaan.



“Ia begitu terancang dan diatur dengan baik. Dan ia berkait secara langsung dengan bayaran daripada kerajaan (kepada ahli parlimen memberikan sokongan mereka kepada kerajaan).

“Pada saya itu adalah bukti jelas yang menunjukkan amalan politik wang berleluasa di negara ini dan dikepalai, dipraktikkan dan teladannya ditunjukkan oleh perdana menteri sendiri,” katanya.

Wan Saiful mendakwa jika Anwar menolak amalan politik wang, perdana menteri itu tentu akan mengumumkan bahawa mana-mana ahli parlimen pembangkang yang mengalihkan sokongan kepada kerajaan tetap tidak diberikan peruntukan.

Namun, kata ahli parlimen Tasek Gelugor itu lagi, Anwar tidak menafikan perkara tersebut.



Bahkan, kata Wan Saiful, Anwar mengalu-alukan perubahan sokongan berkenaan di dalam parlimen dengan menganggap ia sebagai suatu “kematangan.”

“Jika kematanagan itu berpaksikan pada wang, Anwar itu bukan seorang yang ada integriti untuk cakap mengenai topik ini,” katanya.

Setakat ini empat ahli parlimen PN – atau secara khusus, Bersatu – menyatakan secara terbuka menyokong kerajaan pimpinan Anwar.

Ada kesan pada parti



Ia dimulakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, pada 12 Okt lalu, diikuti Suhaili pada 30 Okt, dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) pada semalam, diikuti Zahari Kechik (Jeli) hari ini.

Ditanya sama ada ahli parlimen yang “berpaling tadah” itu akan dicalonkan semula atau tidak untuk bertanding pada PRU akan datang, Wan Saiful berkata, dia tidak berhak untuk membuat keputusan mengenainya.

Kata Wan Saiful keputusan berkenaan terletak kepada pandangan parti.

“Tapi jika ditanya pada saya, mereka tidak layak menjadi calon Bersatu lagi,” tegasnya.



Dia yang juga bekas ketua penerangan Bersatu turut mendakwa parti itu menjadi “sasaran serangan politik”.

Namun, kata Wan Saiful, Bersatu harus menganggapnya sebagai suatu pengiktirafan bahawa mereka sedang diperhatikan oleh pentadbiran Anwar.

“Ini menunjukkan Bersatu adalah ancaman sebenar kepada kerajaan Anwar dan inilah sebabnya mereka terus menyerang kami.

“Kami faham akan ada kesan (kepada parti).



“Pemimpin Bersatu mengambil maklum perkara ini dan akan mengadakan perbincangan lanjut,” tambahnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker