Cepat sembuh sayang, hancur hati Neelofa

Cepat sembuh sayang, hancur hati Neelofa

Sejak video seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera pengasuhnya tular, ramai golongan selebriti tampil menzahirkan simpati terhadap penderitaan dan perbuatan tiada perikemanusiaan tersebut.

Terbaharu, selebriti popular, Neelofa turut berkongsi kepedihan hatinya dengan situasi yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Menurut Neelofa, 32, kesengsaraan yang menimpa Bella adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku kepada seorang kanak-kanak apatah lagi anak syurga yang tidak berdosa.

“Baru sahaja tonton video adik Bella dan hati saya hancur berkecai.

“Perkara ini sangat tidak berperikemanusiaan dan kanak-kanak tidak seharusnya dilayan dengan sebegitu rupa,” ciap pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu dalam Twitter malam tadi.

Tambah bekas pengacara Next To Neelofa itu, dia juga berdoa agar keadilan dapat ditegakkan untuk pihak Bella.

“Semoga keadilan berpihak kepada Bella dan saya harap awak akan segera sembuh sayang,” tulisnya lagi.

Dalam ciapan sama, rata-rata netizen turut meminta isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu menghulurkan bantuan kepada Bella.

“Harap awak boleh bantu Bella dari segi rawatan. Semoga dipermudahkan insya-Allah,” tulis seorang pengguna Twitter.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air seperti Nad Zainal dan Erra Fazira turut bersuara dan tampil dengan tanda pagar #JusticeForBella tentang isu penderaan kanak-kanak malang serta mahu pelakunya diheret ke muka pengadilan demi keadilan dan kesedaran umum.

Minggu lalu, sebuah video berdurasi 1 minit 31 saat dimuat naik seorang aktivis sosial, Mona Din tular dalam media sosial memaparkan Bella ditemui dengan kesan melecur dan bernanah teruk teruk pada dada, legan, leher dan paha. K Online

Cepat sembuh sayang, hancur hati Neelofa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Payudara membesar selepas suntik vaksin Pfizer

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker