‘Baraan’ kembali bernyawa

KUALA LANGAT: Hari Raya Aidilfitri ketika negara memasuki fasa endemik benar-benar memberi makna kepada penduduk Kampung Tali Air, Morib di sini apabila tradisi kunjung-mengunjung secara beramai-ramai iaitu baraan kembali dihidupkan.

Ini kerana selama dua tahun program berkenaan tidak dapat diadakan selepas larangan aktiviti kunjung mengunjung yang menjadi sebahagian daripada sekatan pergerakan dikuatkuasakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli kariah surau kampung berkenaan, Najib Aziz, 60, berkata, dia bersyukur apabila suasana hari raya di kampungnya kembali meriah apabila penduduk kampung dapat meraikan lebaran bersama-sama.

Malah, menurutnya, ada perantau yang pulang ke kampung menyertai aktiviti baraan itu.

“Di situlah mereka dan jiran-jiran dan sanak-saudara bertemu kerana aktiviti baraan menjadi tradisi  beberapa generasi penduduk di kampung ini yang kebanyakannya berketurunan Jawa.

“Kita berkumpul beramai-ramai kemudian bertakbir dari rumah ke rumah. Tradisi baraan perlu diteruskan bagi mendidik generasi muda budaya kunjung-mengunjung di Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, penduduk, Hasbullah Aripin, 40, berkata, tradisi baraan memberi peluang untuk dia tiga beradik yang merupakan perantau mengunjungi saudara-mara yang tinggal di sana.

“Dua tahun kita beraya dalam suasana pandemik hinggakan kakak yang tinggal di Muar Johor dan di daerah lain tidak  pulang beraya. Syukur tradisi baraan dapat kami sertai.

“Tahun ini, sambutan 80 peratus normal tetapi masih tidak bersalam dan memakai pelitup muka jika duduk berhampiran,” ujarnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker