Euro2020 : Ini adalah perjudian – Southgate

Ini adalah perjudian – Southgate

London: Pengurus England Gareth Southgate berkata memilih Bukayo Saka sebagai pengambil sepakan penalti terakhir adalah keputusannya ketika mereka tewas kepada Itali pada final Euro 2020, awal pagi ini.

Pasukan tuan rumah bermain di final utama buat kali pertama sejak 1966, tewas 3-2 dalam penentuan penalti selepas terikat 1-1 di Wembley.

Southgate juga membawa Jadon Sancho dan Marcus Rashford pada masa tambahan khusus untuk melakukan sepakan penalti dan mereka juga turut gagal menyempurnakannya ketika England mempunyai kelebihan.

“Saya yang memilih pemain yang akan mengambil sepakan penalti. Saya sangat kecewa gagal untuk melangkah selangkah lebih jauh.

“Kami memutuskan untuk membuat perubahan pada akhir permainan tapi kami menang atau kalah sebagai satu pasukan.”

Pemain sayap Arsenal, Saka yang membuat lima penampilan antarabangsa sebelum Euro 2020 diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti terakhir England yang menyaksikan sepakan itu diselamatkan Gianluigi Donnarumma selepas Jorginho mensia-siakan peluang untuk Itali apabila sepakan penaltinya ditepis Jordan Pickford.

“Itu keputusan saya untuk memberikannya (Saka) penalti itu,” kata Southgate yang terlepas penanti penting ketika England tewas di separuh akhir Euro 96 kepada Jerman di gelanggang sendiri.

“Kami berlatih dengan mereka ketika latihan. Ini adalah perjudian.

Ini adalah perjudian – Southgate

Itali terus menambah rasa duka England menerusi penentuan penalti untuk memenangi final Euro 2020 selepas memenangi penentuan penalti 3-2 dengan Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan penalti penting.

Ia sekali gus menafikan hasrat tuan rumah selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley itu berkesudahan seri 1-1 selepas tamat masa tambahan.

Tendangan Saka berjaya dinafikan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma sekali gus menyaksikan Itali memenangi trofi berprestij itu buat kali kedua.

Sebelum itu Marcus Rashford dan Jadon Sancho juga gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Jorginho berpeluang memberikan kemenangan kepada Itali tetapi sepakan penaltinya diselamatkan oleh Jordan Pickford sekali gus memberi harapan semula kepada England.

Luke Shaw meletakkan England di depan selepas satu minit 57 saat permainan, gol terpantas di final Kejuaraan Eropah sekali gus mengejutkan lawan yang mempunyai rekod 33 perlawanan tanpa kalah.

Itali dilihat bergelut untuk bangkit ketika beraksi di stadium yang dipenuhi seramai 67,173 yang rata-ratanya penyokong England.

Bagaimanapun Itali berjaya menyamakan kedudukan pada pertengahan separuh masa kedua menerusi Leonardo Bonucci.

Dengan tiada jaringan tambahan selepas itu, final kali ini adalah yang pertama ditentukan menerusi penentuan penalti sejak 1976.

Ia menambah luka England yang dikenali gagal dalam penentuan penalti termasuk tewas kepada Itali pada Euro 2012 selain separuh akhir Euro 1996 ketika bertemu Jerman. HM

Euro2020 : Ini adalah perjudian – Southgate


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker