Euro2020 : Italy juara selepas menewaskan England

Euro2020 : Italy juara selepas menewaskan England

LONDON: Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, sebentar tadi.

Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67.

Keputusan:

Italy 1 (Bonucci 67) England 1 (Shaw 2)

*Itali menang 3-2 selepas sepakan penentuan

Senarai pemenang Euro:

2020: Itali

2016: Portugal

2012: Sepanyol

2008: Sepanyol

2004: Greece

2000: Perancis

1996: Jerman

1992: Denmark

1988: Belanda

1984: Perancis

1980: Jerman Barat

1976: Czechoslovakia

1972: Jerman Barat

1968: Itali

1964: Sepanyol

1960: Soviet Union

Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma sekali lagi menjadi wira penentuan penalti apabila menyelamatkan dua sepakan dan satu sepakan tersasar untuk menewaskan England pada final Euro 2020.

Itali mengulangi kejayaan menjulang trofi Eropah pada tahun 1968 apabila mengungguli penentuan penentuan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 di Wembley.

England kendalian Gareth Southgate mendahului permainan seawal minit kedua menerusi Luke Shaw hasil umpanan Kieran Trippier.

Terkejut dengan jaringan awal itu, anak buah Roberto Mancini kembali mencari rentak dan mengawal permainan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Itali meneruskan penguasaan dan hasilnya Leornardo Bonucci mengheret permainan ke masa tambahan dengan gol penyamaan minit ke-67.

Masa tambahan berlalu tanpa sebarang gol dan permainan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Domenico Berardi, Leonardo Bonucci dan Federico Bernardeschi menyempurnakan sepakan untuk Itali manakala hanya Harry Kane dan Harry Maguire berjaya menewaskan Donnarumma.

Ketika England seakan mempunyai kelebihan apabila sepakan Andrea Belotti dan Jorginho diselamatkan Jordan Pickford, Marcus Rashford menyaksikan sepakannya tersasar dan Donnarumma menyelamatkan sepakan Jadon Sancho serta Bukayo Saka. BH

Euro2020 : Italy juara selepas menewaskan England


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker