Pijak, cekik, sepak isteri, lelaki dipenjara

Pijak, cekik, sepak isteri, lelaki dipenjara 9 bulan

Seorang penjual telur yang memijak kepala, mencekik leher dan menyepak belakang isterinya selepas ditegur mengenai hubungan dengan seorang wanita, dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini.

Menurut laporan Bernama, Mohd Riduan Ismail, 34, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Siti Rohmah Achmad Sarkati, 30, di sebuah rumah di Kampung Kerdas Batu, Gombak dekat sini pada 2 petang Isnin lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. Dia juga boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Majistret Nur Hafizah Rajuni memerintahkan menjalani hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh tangkapnya iaitu 6 Julai lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, perselisihan faham telah tercetus selepas mangsa menyoal hubungan suaminya itu dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Tertuduh kemudian menyepak badan, mencekik leher, menumbuk dan memijak kepala mangsa, mengakibatkan wanita itu lebam di kepala dan badan.

Sementara itu, dalam rayuan bagi meringankan hukumannya, Mohd Riduan yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jean Francis berkata dia menanggung dua anak berusia tiga dan sembilan tahun selain hanya memperoleh RM1,500 sebulan hasil menjual telur di pasar.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira fakta kes. FMT

Pijak, cekik, sepak isteri, lelaki dipenjara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bila pula saya sokong Muhyiddin – Najib

Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ – TMJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker