PM baharu untuk tempoh terhad perlu dilantik

PM baharu untuk tempoh terhad perlu dilantik

UMNO mahu Perdana Menteri baharu dilantik untuk tempoh terhad

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, menuntut supaya seorang Perdana Menteri baharu dilantik bagi suatu tempoh yang terhad.



Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sepanjang tempoh lantikan, Perdana Menteri yang baharu itu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani COVID-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

“Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika membaca kenyataan media selepas mesyuarat itu malam tadi.

Ahmad Zahid turut menegaskan, sebarang usaha untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan ditolak sepenuhnya oleh UMNO.



“Mesyuarat hari ini menegaskan pendirian seperti yang diputuskan dalam perhimpunan UMNO 2020 untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Lead Government),” katanya.

Beliau berkata, dua panduan utama yang ditetapkan MKT ketika memberi sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 11 Mac, tahun lalu gagal dipenuhi kerajaan.

“Pertama, kerajaan harus memastikan aspirasi rakyat benar-benar direalisasikan.

“Kedua, kerajaan harus segera menangani kelembapan ekonomi dan melakarkan pelan tindakan berkesan menangani pandemik COVID-19,” katanya. BH



PM baharu untuk tempoh terhad perlu dilantik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ku Li umum sedia jadi Perdana Menteri interim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker