Mayat berkecai di Lata Cheng mungkin dibunuh
Mayat berkecai di Lata Cheng mungkin dibunuh
MACHANG – Siasatan penemuan mayat reput yang sudah berkecai seluruh anggota badan di kawasan Lata Cheng di sini Jumaat lalu memasuki ke fasa baharu apabila polis mengesyaki mangsa dalam kejadian itu mati dibunuh.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, mayat mangsa telah dikenal pasti sebagai seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.
Katanya, kemungkinan wanita itu dibunuh juga kuat apabila pihak unit forensik Hospital Machang mengesahkan mangsa mengalami kecederaan seperti patah pada beberapa bahagian tulang rusuk, namun tidak cedera pada bahagian kepala.
“Mayat yang sudah berkecai itu dipercayai ditinggalkan di kawasan yang terletak lima kilometer dari jalan utama dalam keadaan bogel. Polis masih menyiasat sama ada mangsa dirogol atau sebaliknya.
“Penemuan mayat wanita itu sepadan dengan laporan orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ketereh pada 16 Jun lalu. Laporan itu dibuat oleh seorang lelaki dengan mengatakan bahawa anak saudara perempuannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) lembam telah hilang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini hari ini.
Ujarnya, bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian sama ada mangsa dipukul di lokasi lain sebelum dibuang di kawasan berkenaan atau tidak.
Menurut Abdullah, sebelum ini, penemuan mayat itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kini siasatan kes ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. K Online
Mayat berkecai di Lata Cheng mungkin dibunuh
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.