Mahathir kritik Peguam Negara dalm isu Muhyiddin

Mahathir kritik Peguam Negara dalm isu Muhyiddin

Dr M kritik AG: Tafsir ikut budi bicara bukan undang-undang

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengkritik pendirian peguam negara, Idrus Harun berhubung sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Ini selepas Idrus menegaskan tiada fakta jelas menunjukkan Muhyiddin hilang sokongan majoriti meskipun Umno telah membuat pendirian menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin.

“Itu nampak undang-undang ini dia berjalan kaki kiri, kaki kanan pun dia tak tahu. Ada kala kaki kiri, ada kala kaki kanan.

“Dan kita tak boleh lagi bergantung pada undang-undang, kerana undang-undang ini ditafsir dan dikuatkuasakan mengikut budi bicara bukan mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.

Dakwa ahli parlimen Langkawi itu, undang-undang tidak dilaksanakan dengan sejajar.

Idrus berkata, pengumuman oleh Umno awal pagi tadi tidak boleh digunakan untuk menentukan majoriti dimiliki Muhyiddin, memandangkan ia harus ditentukan oleh ahli parlimen itu sendiri, bukan kenyataan media parti atau pemimpin politik.

Pun begitu, kata Mahathir, menerusi kenyataan partilah Muhyiddin meraih kuasa selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Februari tahun lalu.

“Kami ingin beritahu bahawa di waktu Muhyiddin mendakwa dia mendapat sokongan majoriti, dia juga tidak mengambil persetujuan daripada setiap wakil rakyat, khususnya dari Bersatu.

“Daripada Bersatu, kami enam orang tak menyokong, tapi dimasukkan juga seolah-olah kami menyokong. Jadi ini adalah satu pembohongan. Jika kenyataan dibuat oleh presiden parti tak boleh diterima, sepatutnya kenyataan Muhyiddin tak diterima.

“Tapi diterima, dan Muhyiddin diisytihar sebagai perdana menteri. Tapi kali ini pula, kenyataan presiden parti tak boleh diambil kira,” katanya.

Tumpuan pulihkan keadaan rakyat

Selain itu, Mahathir juga menegaskan pendirian Pejuang yang tidak mahu terlibat dalam kerenah politik yang sedang hangat kini, sebaliknya memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan rakyat terjejas gara-gara Covid-19 yang semakin menampakkan peningkatan.

Pendirian itu turut ditegaskan ketika dia diajukan soalan oleh wartawan yang meminta pendapatnya tentang perkembangan politik semasa, termasuk isu majoriti dimiliki Muhyiddin.

Mahathir, sekali lagi mengusulkan penubuhan satu badan pentadbir khusus bagi menguruskan pandemik Covid-19, yang digelarnya Majlis Pemulihan Negara, bertujuan mengurangkan kes Covid-19 sehingga mencapai imuniti kelompok, menyelesaikan masalah persekolahan, dan memulihkan ekonomi negara.

Majlis itu usulnya haruslah dianggotai pakar-pakar pelbagai bidang bagi menguruskan wabak, dan tidak akan dipengaruhi oleh faktor politik.

“Tindakan untuk memulihkan keadaan rakyat ini adalah perkara utama. Kami tak peduli tentang soal politik.

“Politik bukan cara mengatasi masalah dihadapi rakyat.

“[…] Kami tak berminat nak menjadi popular. Kami berminat nak kurangkan kes Covid-19, dan semua masalah yang dihadapi rakyat,” katanya dalam sidang media berkenaan.

Semalam, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Umno kini mempunyai 38 ahli parlimen, tetapi majoriti daripadanya dikatakan enggan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.

Pun begitu, dengan majoriti empat kerusi, tidak banyak ahli parlimen yang diperlukan untuk menarik sokongan daripada 38 ahli parlimen itu bagi menumbangkan Muhyiddin.

Sebelum kenyataan Idrus itu, dia dilaporkan mengunjungi kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Parlimen dijadualkan kembali bersidang pada 26 Julai. Mk

Mahathir kritik Peguam Negara dalm isu Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker