Peguam Negara bertindak seperti ahli politik

Sebaran :

Peguam Negara bertindak seperti ahli politik

‘Muhyiddin hilang majoriti, tapi AG bertindak seperti ahli politik’

Pakatan Harapan (PH) membidas pandangan Peguam Negara, Idrus Harun yang mengatakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin masih boleh menjalankan tugas sebagai perdana menteri walaupun Umno telah menarik balik sokongannya terhadapnya.

Majlis Presiden PH berpendapat, Muhyiddin telah kehilangan majoriti susulan pengumuman Umno untuk menarik sokongan terhadap perdana menteri itu semalam.

“Kami mengingatkan peguam negara bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sendiri telah dilantik sebagai perdana menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokong beliau, termasuk Presiden Umno, yang telah dipersembah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020.

“Maka apabila ketua parti terbesar itu mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka perdana menteri telah hilang sokongan asas parti tersebut dan seterusnya hilang sokongan majoriti ahli parlimen.

“Jelas sekali peguam negara bertindak lebih sebagai ahli politik PN daripada mempertahankan keluhuran undang-undang,” kata mereka dalam kenyataan media.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan bahawa parti itu menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri pada Mac tahun lalu setelah kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Dalam kenyataan yang dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Ahmad Zahid juga mengatakan parti itu tidak menyokong kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH.

Mengulas lanjut, Majlis Presiden PH berkata, Muhyiddin perlu meletak jawatan secara terhormat kerana telah hilang sokongan dan keabsahan sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak menyebut siapa yang sepatutnya menggantikan Muhyiddin bagi jawatan itu.

Sebaliknya gabungan itu berkata ia akan memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dan menangani Covid-19.

“Pakatan Harapan akan terus memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis COVID-19 dan program vaksinasi yang lebih pantas, serta langkah-langkah menghidupkan semula ekonomi negara yang lebih baik melalui dasar-dasar yang diteliti dan diumum oleh jawatankuasa-jawatankuasa Pakatan Harapan,” kata mereka.

Majlis Presiden turut berpendirian bahawa waktu ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil memandangkan jumlah kes ovis-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan. Mk

Peguam Negara bertindak seperti ahli politik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim


Sebaran :

Leave a Reply