Rumah musnah terbakar ketika siapkan juadah berbuka puasa

Anggota bomba memadam kebakaran rumah enam sekeluarga itu.

kUALA LANGAT – Ramadan kali ini mengundang duka buat enam sekeluarga apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kebun Baru Batu 10,Telok Panglima Garang di sini, petang tadi.

Lebih malang, tragedi kira-kira pukul 6 petang itu berlaku seorang wanita bersama empat anak lelaki dan ibunya sedang menyediakan juadah untuk berbuka puasa di rumah mereka.

Kesemua mangsa bagaimanapun sempat keluar menyelamatkan diri dan kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta Perodua Kancil serta dua buah motosikal

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan 17 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dan Andalas bergegas lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.15 petang.



“Pemeriksaan mendapati api marak memusnahkan rumah satu tingkat berstruktur kayu berkenaan hampir 95 peratus. Sebuah kereta dan dua motosikal di kawasan kediaman itu turut musnah,” katanya ketika dihubungi malam tadi.-KOSMO!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker