Kebun durian haram, bilis ditangkap dan didakwa jerung terlepas?
Kebun durian haram, bilis ditangkap dan didakwa jerung terlepas? Kerajaan negeri Pahang bersama agensi terbabit diminta memperluaskan operasi membanteras pencerobohan hutan simpan secara konsisten ke seluruh daerah-daerah lain di negeri itu.
Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi Sat berkata, tidak mustahil setiap pencerobohan tanah kerajaan mempunyai pihak atau dalang yang melakukan khianat dan bersubahat.
“Takkan mereka berani ceroboh saja-saja dengan jumlah yang begitu banyak, luas dan besar kalau tiada yang menjadi payung kartelnya.
“Rakyat masih tak faham setelah begitu banyak dan begitu lama tanah kerajaan yang diceroboh, namun belum ada lagi kepala kartel, jerung besar yang terlibat ditangkap atau didakwa di mahkamah. Hanya kedengaran yang ‘bilis-bilis’ sahaja didakwa ke mahkamah.
“Apakah rahsia yang tersembunyi di sebaliknya? Kita harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Pejabat Hutan Daerah dapat memberikan jawapan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau turut mengajak gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dan rakyat pelbagai peringkat bersolidariti menyokong usaha murni operasi ini serta membantu apa yang perlu.
Ini supaya usaha kerajaan negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan serta pelbagai pihak yang terlibat benar-benar berjaya membebaskan tanah-tanah yang diceroboh di seluruh negeri Pahang yang masih banyak tiada tindakan.
Dalam pada itu, beliau turut meminta penceroboh haram termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras DAP supaya akur dengan arahan pihak berkuasa kerajaan negeri Pahang.
Tegasnya, tanah tersebut adalah milik kerajaan negeri dan jabatan perhutanan yang telah diceroboh secara haram sehingga membolehkan penceroboh mengaut hasil yang banyak dan merugikan pihak kerajaan sebelum ini.
“Perbuatan memaki ‘ala samseng’ kepada penjawat awam yang bertugas di atas tanah kerajaan yang diceroboh adalah perbuatan jenayah.
“Terima kasih kepada PDRM dan penguat kuasa Jabatan Perhutanan yang bertindak dengan tegas menahan dan mendakwa mereka ini,” katanya.
Selain itu, beliau mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya bebas (RCI) untuk memantau operasi bersepadu ini secara lebih telus dan integriti.
Hal itu seperti yang terkandung dalam memorandum yang dihantar PEMBELA bersama Persatuan Veteran ATM kepada Tengku Mahkota Pahang dan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
“Diharap juga tanah-tanah yang telah dirampas dari penceroboh diberi kepada rakyat pribumi, veteran ATM, PDRM, NGO Islam, badan-badan usahawan atau koperasi milik kaum pribumi Melayu Islam yang telah banyak menabur jasa kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya.
Kebun durian haram, bilis ditangkap dan didakwa jerung terlepas?
Baca Artikel Menarik :
- Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri
- Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?
- Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]
- Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian
- Resepi Daging Masak Rose viral
- Antara Covid-19 dan rebut kuasa
Layari Laman Facebook MYKMU