Remaja kantoi sorok motosikal dalam bilik

Remaja kantoi sorok motosikal dalam bilik

Video ‘wheelie’ tular, remaja kantoi sorok motosikal dalam bilik tidur

Menyedari video aksi “wheelie” yang dimuatnaik di media sosial tular, seorang remaja lelaki bertindak menyembunyikan motosikalnya dalam bilik tidur di rumahnya di Taman Harmonis, Gombak semalam.

Bagaimanapun, tindakan remaja berusia 15 tahun itu gagal selepas suspek bersama seorang lagi rakan sebayanya ditahan polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat pada 9 pagi semalam berkaitan dua rakaman video yang tular di Twitter berdurasi 22 saat dan 30 saat.

Katanya, hasil risikan pada rakaman video pertama dapati kejadian berlaku pukul 5.30 petang kelmarin di Jalan Sungai Tua menghala ke Ulu Yam dan polis mengenal pasti suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 warna biru hitam menetap di Batu Caves sebelum dia ditahan jam 2.45 petang.

“Hasil risikan pada rakaman video kedua dapati kejadian berlaku pada 29 Jun lalu jam 1 tengah hari di Jalan Batu 6 1/2 Jalan Gombak (Kampung Tengah) menghala ke arah Kuala Lumpur,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Nadzri berkata, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 15 tahun menunggang motosikal Yamaha 135LC dan menetap di Taman Harmonis, Gombak, sebelum polis menahan remaja berkenaan jam 3 petang semalam.

“Mereka bersama motosikal itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Remaja kantoi sorok motosikal dalam bilik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini soal hidup mati rakyat dan masa depan negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker