Fiza Bingung Dilamar VIP

FIZA BINGUNG DILAMAR VIP

FIZA BINGUNG DILAMAR VIP, MASIH BERKIRA-KIRA SOAL JODOH

“Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan. Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya lalui perkara ini di mana tidak semua orang sanggup terima.

“Saya bimbang salah percaturan, takkan hendak melalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi.

“Kalau perkara sama berlaku, saya juga dikecam biarpun soal perceraian adalah di luar kawalan diri,” ujar bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim yang pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan.

Tidak terlintas untuk berkahwin dalam tempoh terdekat apatah lagi masih serik, Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim mengaku tergamam tatkala dilamar duda terbabit.

FIZA BINGUNG DILAMAR VIP

Fiza dalam masa sama turut memberitahu yang dia bingung apabila ada VIP atau kenamaan berstatus duda mahu melamarnya menjadi isteri. Akui Fiza, jejaka VIP yang dikenalinya berusia kira-kira 50 tahun dan memiliki rangkaian perniagaan sendiri.

“Ogos depan, umur saya menginjak 40 tahun. Bukan masa untuk saya main-main lagi termasuk dalam soal cinta. Saya bukan muda lagi. Apatah lagi, ketika seluruh dunia bergelut dengan pandemik COVID-19, saya juga terkesan,” katanya.

Fiza berkata, ada teman menasihatkan dia berkahwin dengan lelaki berusia dan memiliki kehidupan stabil. Namun, pastinya dia berdepan persepsi ramai.

“Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh. Tidak semestinya cari lelaki berada sebab hendak kikis duit,” jelas Fiza.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia menambah pendapatan dengan membuat ulasan berbayar bagi pelbagai produk melalui Instagram (IG).

FIZA BINGUNG DILAMAR VIP

“Pada masa sama, saya juga mencari peluang menambah pendapatan. Mana tahu, mungkin ada rezeki menjadi duta produk. Saya tidak terfikir lagi soal berlakon dalam situasi penularan COVID-19 di mana kerja penggambaran dihentikan,” katanya lagi.

Untuk makluman, Fiza berkahwin kali pertama dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua anak perempun bernama Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Fiza dan Ahmed Farriq bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza pula dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai tahun lalu.

FIZA BINGUNG DILAMAR VIP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker