Dah pandu lawan arus, acu sabit pula

Dah pandu lawan arus, acu sabit pula

Berang ditegur memandu lawan arus dipercayai menjadi punca wanita warga emas bertindak mengacukan sabit dan cuba memukul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan Taman Bukit Segar, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki itu mendakwa berselisih faham dengan wanita berusia 66 tahun.



Beliau dipetik Harian Metro berkata, kejadian berkenaan dikatakan tular di laman sosial Facebook.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa menegur wanita terbabit kerana memandu bertentangan di jalan sehala, mengganggu pengguna lain di kawasan itu.

“Suspek kemudian keluar dan menunjukkan kad orang kurang upaya (OKU) sambil mengangkat tongkat diikat sabit serta cuba memukul mangsa,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas laporan polis menahan suspek pada hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.



Mohd Zaid meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hassan di talian 019-7691924 atau 03-89114222. FMT

Dah pandu lawan arus, acu sabit pula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




‘Bodoh Tu Simpan Sikit Dalam Sungai Supaya Orang Tak Nampak’ – Che Ta Sound Tepat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker