EURO, Spain baham Switzerland melalui sepakan penalti

EURO, Spain baham Switzerland melalui sepakan penalti. Dijadikan bahan jenaka ketika aksi pusingan 16 terbaik, penjaga gol Sepanyol, Unai Simon dijulang sebagai wira apabila berjaya menafikan tiga sepakan penalti untuk membawa skuad La Roja mara ke separuh akhir Euro 2020, sebentar tadi.

Sepanyol mara dengan kemenangan 3-1 menewaskan Switzerland menerusi sepakan penalti penentuan selepas masing-masing terikat 1-1 dalam aksi penuh masa tambahan di Gazprom Arena.

Saingan di Gazprom Arena itu menyaksikan Switzerland menundukkan skuad Les Blues 5-4 menerusi sepakan penalti penentuan selepas masing-masing terikat 3-3 dalam aksi penuh masa tambahan.



Turun sebagai pasukan pilihan Sepanyol tidak menunggu lama untuk menembusi gawang Switzerland menerusi rembatan pertahanannya, Jordi Alba yang terkena pemain tengah lawan, Denis Zakaria sebelum bola menerjah jaring pada minit kelapan.

Skuad La Roja hampir menggandakan jaringan pada minit ke-17 namun sepakan bola mati pemain tengah, Koke sekadar menggegar jaring belakang gol Switzerland.

Ketiadaan kapten pasukan, Granit Xhaka nyata dirasai pasukan kendalian Vladimir Petkovic apabila gagal mengimbangi bahagian tengah yang lebih didominasi Sepanyol.

Kedudukan 1-0 kekal bagi mengakhiri tempoh 45 minit pertama meskipun Sepanyol dan Switzerland mencipta beberapa peluang namun kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan.



Bersambung babak kedua, Zakaria hampir menyamakan kedudukan namun tandukkannya hanya sedikit tersasar melewati tiang gol Sepanyol selepas menerima hantaran menerusi sepakan penjuru Ricardo Rodriguez pada minit ke-56.

Usaha Switzerland mencari gol penyamaan akhirnya berjaya menerusi tolakan mudah kapten mereka, Xherdan Shaqiri untuk menewaskan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon pada minit ke-68.

Jaringan penyamaan itu, merancakkan lagi permainan kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan memaksa barisan pertahanan masing-masing bekerja keras.

Memasuki minit ke-77, Switzerland terpaksa bermain 10 pemain selepas terjahan keras pemain tengah, Remo Freuler ke atas penyerang Sepanyol, Gerard Moreno menyaksikan pengadil perlawanan, Michael Oliver melayangkan kad merah kepada pemain tersebut.



Sepanyol dan Switzerland sekali lagi memilih bermain pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit masa permainan sebenarnya.

Ketangkasan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer menafikan beberapa percubaan berbahaya skuad La Roja pada masa tambahan juga harus diberikan pujian sehingga membawa pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti. – AGENSI

EURO, Spain baham Switzerland melalui sepakan penalti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kempen bendera putih bukan propaganda politik – Mahathir

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker