GRO Vietnam nekad terjun elak dicekup

GRO Vietnam nekad terjun elak dicekup

GRO Vietnam nekad terjun elak dicekup dalam Op Patuh

Sekumpulan wanita yang juga pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam nekad terjun dari tingkat satu sebuah kondominium ketika melarikan diri daripada serbuan di Gunung Rapat, Perak.



Pengarah Jabatan Imigresen negeri Perak, Hapdzan Husaini berkata, akibatnya dua wanita terbabit cedera dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Menurutnya, rumah berkenaan disewa empat wanita warga Vietnam yang menjadikannya tempat menawarkan khidmat seks.

“Menyedari kehadiran penguat kuasa, kesemua wanita itu cuba melarikan diri dengan terjun melalui tingkap dari tingkat satu rumah tersebut.

“Bagaimanapun, dua daripada mereka cedera dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala yang lain berjaya diberkas,” katanya dipetik Kosmo.



Menurut beliau, pemeriksaan di rumah tersebut menjumpai kondom dan minyak urut yang disyaki digunakan untuk perkhidmatan seks.

Katanya, pelanggan akan membuat janji temu terlebih dahulu melalui aplikasi Michat, Wechat dan WhatsApp dengan mengenakan bayaran RM250 untuk khidmat seks.

Beliau berkata, operasi di rumah itu dijalankan melalui Op Patuh yang bermula jam 12 tengah hari semalam hingga 2 petang hari ini. FMT

GRO Vietnam nekad terjun elak dicekup




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bront Palarae: Tak perlu Vellfire dan rombongan untuk beri bantuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker