FIFA Kenang Lagenda Bolasepak SUPERMOKH Dan Iktiraf Penjaring Ketiga Terbanyak [VIDEO]
FIFA Kenang Lagenda Bolasepak SUPERMOKH Dan Iktiraf Penjaring Ketiga Terbanyak [VIDEO]
Sekali lagi nama Datuk Mokhtar Dahari dikenang, kali ini menerusi Tweet yang dimuat naik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menerusi senarai individu dengan jumlah jaringan gol terbanyak.
Menerusi muat naik itu, pemain legenda Selangor itu dinamakan sebagai individu dengan jumlah jaringan ketiga terbanyak dalam sejarah FIFA dengan 89 jaringan.
Mendahului Mokhtar ialah Ali Daei dari Iran dan Cristiano Ronaldo dari Portugal masing-masing dengan 109 jaringan.
Mokhtar yang dikenali sebagai ‘Supermokh’ bermain untuk pasukan Selangor dari 1972 hingga 1987 dan mewakili Malaysia dari tahun 1972 hingga 1985.
Beliau meninggal dunia pada Julai 1991 akibat penyakit neuron motor (MND), bagaimanapun punca kematiannya dirahsiakan selama 19 tahun apabila ia dilaporkan menerusi dokumentari yang disiarkan saluran National Geographic pada Ogos 2010.
FIFA Kenang Lagenda Bolasepak SUPERMOKH Dan Iktiraf Penjaring Ketiga Terbanyak [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri hingga 7 Julai
- Vaksin: Kerajaan fokus sektor industri beroperasi ketika PKP
- Bella : Sekarang Dia Cuba Berubah
- Dadah RM23.72 juta dibawa melalui trak ditahan
- Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan
- Resepi Ikan Bawal Emas Masak Lemak Cili Padi Cekur
Layari Laman Facebook MYKMU
[VIDEO] Laku Keras…Licin 48 jam Jersi Retro “Legasi Mokhtar Dahari” Bolasepak Selangor FC
You must be logged in to post a comment.