Dapat Penalti Ke Macam Tu? [VIDEO]

Dapat Penalti Ke Macam Tu?

Dapat Penalti Ke Macam Tu? [VIDEO]

Jika bab serangan di media sosial sememangnya’ bawang rangers’ Malaysia juara apabila tidak sampai sejam berakhirnya perlawanan Harimau Malaya menentang Vietnam, laman sosial instagram dipercayai milik pengadil dari Jepun Ryuji Sato dihujani beribu komen negatif.

Hal ini kerana rata-rata penyokong Harimau Malaya tidak berpuas hati pengadil terbabit menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan berbaki 10 minit sekali gus menyebabkan pasukan kebangsaan gagal membawa pulang sebarang mata.



Sato adalah pengadil utama yang mengadili perlawanan Malaysia menentang Vietnam dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, sebentar tadi.

Dapat Penalti Ke Macam Tu? [VIDEO]

Setakat jam 3.15 pagi menyaksikan lebih 5,000 netizen daripada Malaysia meninggalkan komen negatif dan rasa tidak puas hati di gambar milik Sato di instagramnya.

Jelas sekali, penyokong Malaysia tidak berpuas hati apabila sepakan penalti tidak sepatutnya diberikan kepada Vietnam berikutan tiada sentuhan daripada tonggak Harimau Malaya Brendan Gan hingga menyebabkan pemain Naga Emas Nguyen Van Toan jatuh di dalam kotak penalti.



“Lain kali tengok betul reff..video tunjuk tak kena pun kaki..Malaysia kalah dan perlu tanggung sebab salah beri penalti,” katanya.

Bagi pelayar dikenali sebagai nrndzrh pula secara sinis mahu penyokong Harimau Malaya berfikiran positif kerana mungkin pengadil itu terlalu mengantuk hingga tidak membuat keputusan silap.

“Husnuzon jela…ref nie mungkin dia ngantuk dan berapa hari tak taidur tu yang jadi buta sekejap,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=S03lL2AqjX4&t=1s

Terdahulu, laluan skuad Harimau Malaya untuk ke pusingan seterusnya seolah sudah tertutup apabila tewas 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jelas sekali badi kekalahan kepada skuad Naga Emas menyaksikan pasukan negara kini berada di kedudukan keempat manakala Vietnam pula terus gah berada sebagai pendahulu Kumpulan G.



Gawang Malaysia dibolosi menerusi penyerang Vietnam Nguyen Tien Linh manakala Que Ngoc Hai pula berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh Sato.

Gol Malaysia pula disumbangkan pemain naturalisasi ketiga negara Guilherme De Paula menerusi sepakan penalti.-HM

Sumber: Malaysian Tiger Studio

Dapat Penalti Ke Macam Tu? [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET

[VIDEO] Bapa Beli Kelab Bolasepak Untuk Bermain Bersama Anak Rupanya..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker