Resepi Kobis Masak Lemak Putih

Sebaran :

Resepi Kobis Masak Lemak Putih
Resepi Kobis Masak Lemak Putih

Masa Penyediaan: 10 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:5 orang

Resepi Kobis Masak Lemak Putih, hidangan ala kampung yang ringkas tetapi sangat membuka selera.

Untuk resepi ini, kita masukkan ikan bilis tetapi anda boleh gantikan dengan udang kering ataupun udang. Anda boleh mencuba ikut selera masing-masing. Boleh juga masukkan tempe, kacang panjang atau suhun.

Kalau di kampung, masakan ni selalu dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Memang tak pernah jemu.

Bahan-Bahan:

1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
1/2 batang karot, hiris nipis
1 ketul tauhu, potong kiub
Dan 1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
Serta 2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk, tauhu dan karot.

Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.

Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips:

Tujuan santan cair dimasukkan dahulu dan santan pekat dimasukkan kemudian ialah supaya kuah masak lemak tidak berketul dan masak sekata di akhirnya. Jika santan pekat dimasak terlalu lama, kuah menjadi tidak elok dan sekata.

Resepi Che Nom

Resepi Kobis Masak Lemak Putih


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi puding cincau sedap memikat


Sebaran :

Leave a Reply