Hamzah hina jawatankuasa kaji Parlimen hibrid

Pendirian Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin bahawa Parlimen hanya patut bersidang semula selepas imuniti kelompok dicapai adalah satu penghinaan buat jawatankuasa khas yang kini sedang mengkaji pelaksanaan sidang Parlimen hibrid, kata veteran pembangkang Lim Kit Siang.

Lim berkata, cadangan “gila” tersebut ibarat menghina jawatankuasa itu secara terbuka, yang antara lain dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Kedua-dua Hamzah dan Rais adalah dari Bersatu.



Minggu lalu, Rais memaklumkan dia, Azhar dan Takiyuddin adalah antara anggota jawatankuasa khas bagi mengkaji konsep dan mekanisme sidang Parlimen secara hibrid, termasuk mengambil kira amalan di negara-negara luar.

“Saya jangkakan kabinet Muhyiddin yang begitu besar ini akan menyanggah idea pelik Hamzah dan itu akan menjadi penamat buat idea peliknya itu.

“Tapi apabila Hamzah mengulangi idea itu semalam, kita perlu memandang kenyataannya dengan lebih serius,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Masalah utama berkenaan kenyataan Hamzah itu, menurut Lim, adalah tiada siapa pun yang dapat menentukan bilakah imuniti kelompok akan dapat dicapai.



Lebih-lebih lagi, katanya, terdapat pandangan pakar yang menyatakan bahawa imuniti kelompok terhadap wabak Covid-19 mustahil dapat dicapai ekoran kelompok yang keberatan mengambil vaksin, kewujudan varian-varian baru dan penangguhan vaksin untuk kanak-kanak.

“Adakah Hamzah mencadangkan bahawa jika imuniti kelompok terhadap Covid-19 mustahil untuk dicapai, Parlimen Malaysia harus terus tergantung dan tak perlu bersidang langsung?” soalnya.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat 10 Jun, seramai 13,046,616 orang atau 53.7 peratus populasi dewasa telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Tawar RM190 Khidmat Seks Guna WeChat



Hamzah hina jawatankuasa kaji Parlimen hibrid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi



 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker