Skala Gred SPM tular di media sosial bukan milik Lembaga Peperiksaan – KPM

Skala Gred SPM tular di media sosial bukan milik Lembaga Peperiksaan - KPM

Skala Gred SPM tular di media sosial bukan milik Lembaga Peperiksaan – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) malam tadi menafikan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular di media sosial adalah daripada Lembaga Peperiksaan kementerian berkenaan.

KPM dalam kenyataan berkata ‘Skala Gred SPM’ itu menggambarkan seolah-olah ia gred permarkahan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 serta boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan itu.



“Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam hari ini (tadi) dan juga laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut,” kata KPM.

Kenyataan itu menyebut dakwaan itu mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

Kenyataan itu merujuk kepada hantaran di media sosial Facebook milik ‘MamaMia Mia’ semalam mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan.”



Skala gred yang kini tular itu menunjukkan jadual skala markah diturunkan, antaranya untuk Matematik Tambahan, pelajar mendapat A- meskipun memperoleh skor hanya 50, manakala Bahasa Inggeris dan Melayu, dengan skor 66, pelajar memperoleh A-. Bernama

Skala Gred SPM tular di media sosial bukan milik Lembaga Peperiksaan – KPM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 



Keputusan SPM : Seluruh dunia mahu belajar dari Malaysia – Dr Anuar Ahmad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker