[VIDEO] Laku Keras…Licin 48 jam Jersi Retro “Legasi Mokhtar Dahari” Bolasepak Selangor FC

Macam pisang goreng panas! Demikian gambaran sebenar kejayaan pengurusan Selangor FC yang berjaya menjual habis 6,000 helai jersi baharu hanya dalam tempoh 48 jam.

Menerusi pengenalan jersi ‘home’ yang diinspirasikan daripada pasukan Merah Kuning sewaktu menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1986, ia nyata menarik minat ribuan penyokong Red Giants.

Malah, elemen retro bertemakan ‘Legasi Mokhtar Dahari’ itu juga berjaya menarik perhatian portal-portal sukan di dalam dan luar negara terutamanya daripada Indonesia.



Ini kerana salah seorang pemain legenda mereka, Ristomoyo Kassim juga adalah sebahagian dari skuad 1986 dan turut menjaringkan gol pada perlawanan final itu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan kelab terbabit, Selangor FC akan menambah 1,600 helai lagi selewat-lewatnya esok di kedai atas talian Selangorfc.com untuk mereka yang tidak berkesempatan membelinya sebelum ini.

Manakala edisi penyokong pula akan mula dijual selepas sambutan Tahun Baharu Cina, Februari ini.

“Pelancaran jersi Home Selangor 2021 hari Isnin lalu mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya menarik sebanyak lebih 6,300 tontonan secara langsung sewaktu ia dilancarkan secara atas talian di platform Facebook Selangor FC.



“Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pandemik Covid-19 memaksa kelab untuk tidak menganjurkan Hari Bola Sepak Selangor yang berlangsung saban tahun.

“Sebelum ini, Hari Bola Sepak Selangor adalah hari di mana jersi pasukan akan diperkenalkan kepada umum, selain majlis pengenalan pemain dan sesi pertemuan pihak pengurusan dengan penyokong.

“Menjadi pasukan pertama yang melancarkan jersi bagi menghadapi musim 2021, pasukan menerima pelbagai respon positif daripada penyokong Selangor dan juga pemerhati bola sepak Malaysia untuk rekaan jersi yang diinspirasikan daripada pasukan Merah Kuning sewaktu menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1986 itu,” kata kenyataan itu.



Jersi home 2021 Selangor FC ini dijual dengan harga RM109 untuk versi edisi pemain dan tambahan RM45 dikenakan untuk ‘customized nameset’ di belakang jersi, manakala pemegang Red Giants Team Card 2021 pula bakal menikmati 10% diskaun untuk harga jersi ini.

Selangor FC lancar jersi ‘home’ berkonsep retro, inspirasi daripada SuperMokh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker