Kritikan terhadap SOP Tahun Baru Cina di media sosial


Seorang timbalan menteri mengkritik SOP Covid-19 ditetapkan kerajaan untuk sambutan Tahun Baru Cina pada minggu depan.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Ti Lian Ker berkata, SOP itu perlu dibetulkan segera.

“Seseorang betul-betul buat silap di sini. SOP ini mesti ditarik balik dan dibetulkan dengan segera! Ini bukan SOP, tetapi kota terlarang,” katanya dalam catatan Facebook.

Ramai ahli politik dan individu lain turut menyindir SOP kerajaan yang didakwa tidak peka budaya dan tidak perlu.

Malah, ada yang mentertawakan SOP mengenai makan malam besar Tahun Baru Cina yang disifatkan sebagai makan malam keluarga yang lazim di rumah.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP untuk sambutan Tahun Baru Cina, yang antara lain menyatakan makan besar pada malam perayaan itu dan upacara keagamaan hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga serumah.

Pada masa sama, beliau berkata, pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat mencuci kereta dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam mulai esok.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menerusi Twitter menulis: “Ismail Sabri kata makan besar Tahun Baru Cina hanya dibenarkan untuk mereka yang tinggal di rumah sama. Errrr…orang waras gelarnya makan malam biasa, bukan makan besar Tahun Baru Cina.

“Sekurang-kurangnya benarkan keluarga di daerah atau kawasan sama berkumpul untuk makan besar Tahun Baru Cina lah (Maksimum 10 atau 15 orang).”

Sementara itu, pelawak Dr Jason Leong menerusi Facebooknya berkata: “Jadi semasa PKP (perintah kawalan pergerakan), saya tidak boleh melawat ibu bapa saya ketika Tahun Baru Cina kerana kami tinggal di rumah berlainan, tapi itu okey. Keluarga saya dan saudara-mara semuanya berjumpa untuk sekurang-kurangnya bersapa dan menukar angpau…di pasar malam terdekat.” FMT

https://mykmu.net/2018/05/08/reputasi-buruk-mahathir-muhyiddin-bagi-masyarakat-cina/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker