Pekerja Seks Gantung Seluar Dalam Tanda Protes Dan Minta Kerajaan Beri Elaun Covid-19

Pekerja Seks Gantung Seluar Dalam Tanda Protes Dan Minta Kerajaan Beri Elaun Covid-19

BANGKOK – Sebilangan pekerja seks dan karaoke di Thailand meminta kerajaan memberikan wang tunai kerana mendakwa sukar untuk ‘mencari makan’ selepas pihak berkuasa mengarahkan penutupan aktiviti karaoke dan rumah urut susulan pandemik Covid-19.

Menurut laporan portal Coconuts.co hari ini, kira-kira 20 individu berkenaan berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan di Bangkok dan bertindak menyusun kasut tumit tinggi di atas jalan dan menggantung seluar dalam pada pagar bangunan itu sebagai tanda protes.



Kumpulan itu menuntut pampasan sebanyak 5,000 baht (RM648) sebulan untuk setiap seorang selepas tempat kerja mereka diarahkan tutup sejak beberapa bulan lalu.

Menurut seorang pekerja terbabit, Sirisak Chaited, kerajaan Thailand perlu memberikan layanan sama rata kepada pekerja seks di negara itu sama seperti pekerja sektor lain.

“Memandangkan perdagangan seks menjadi tarikan pelancong luar dan membawa masuk pendapatan yang lumayan kepada negara, kami layak menerima pampasan daripada kerajaan, terutamanya ketika waktu krisis sebegini.



“Kami ialah penduduk Thailand dan menjana pendapatan kepada kerajaan. Tolong terima kenyataan bahawa aktiviti pelacuran wujud di negara ini dan ia mempunyai nilai sama seperti kerjaya lain,” katanya.

Buat masa ini, individu yang terlibat dengan kegiatan pelacuran di Thailand berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda berjumlah 40,000 baht (RM5,184), namun peraturan itu jarang dilaksanakan.

Sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda Bangkok pada April lepas, lokasi  hiburan dan rumah urut telah diarah tutup.



Setakat ini, tiada tanda-tanda menunjukkan kerajaan akan membenarkan aktiviti tersebut beroperasi  semula. – AGENSI/Coconuts Bangkok

Pekerja Seks Gantung Seluar Dalam Tanda Protes Dan Minta Kerajaan Beri Elaun Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perintah berkurung: Pekerja seksual di Malawi bengang



Tawar RM190 Khidmat Seks Guna WeChat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker